Siaran NJOI tanpa caj.. tapi errrkk!!!!!!

image
Sebelum dilancarkan NJOI ni kepada umum, NJOI sudah pun ditawarkan kepada beberapa penduduk di sekitar Sabah dan Sarawak sebagai salah satu tanggungjawab sosial pihak ASTRO kepada masyarakat setempat. Pada ketika itu, NJOI diberikan secara percuma darin segi dekoder, tanpa dikenakan sebarang caj bayaran yang tersembunyi.

Pada 2 hari lepas, NJOI telah dilancarkan oleh pihak ASTRO dengan target pengguna yang lebih meluas.Rasanya kepada mereka yang berpendapatan sederhana. Apa kelebihan siaran NJOI ni…

a.) Siaran TV Satelit percuma
b.) Tiada kontrak seperti pengguna berbayar yang lain. Kerana NJOI hanya menawarkan 19 siaran TV dan 18 siaran radio sahaja
c.) Tak perlu lagi membayar secara bulanan seperti pengguna ASTRO yang lain.

Apa siaran TV yang ditawarkan dalam pakej NJOI ni?
Tengoklah kat bawah ni…
image
Tak de satu pun channel dari Media Prima ( macam TV3, TV9, 8TV, NTV7 ) yang tersenarai dalam pakej NJOI ni…  TV AlHijrah pun tak ada.. lagi pelik.. ASTRO RIA pun tak de arrr….

Untuk mendapatkan pakej ni, anda kena membayar dengan harga RM388.00 sahaja ( dekoder dan upah pasang mangkuk satelit tu..) Sekiranya anda mampu, ambillah pakej ni kerana anda hanya perlu mebayar sekali sahaja RM388.00. Cuma tak de TV3… Hairan juga kenapa TV3 tak de dalam senarai NJOI ni…?

Satu lagi ialah, nak buat apa bagi i130 tu dalam pakej NJOI..? Tu kan sebenarnya ialah siaran preview untuk pakej Mustika? iView pun sama jugak…. Hmm tak paham.. tak paham aku dengan ASTRO ni..