Maulidur Rasul–Mari Pergi Masjid

image
Maulidur Rasul atau dulunya dikenali sebagai Maulud Nabi merupakan hari memperingati kelahiran Rasul Terakhir kita  iaitu baginda Nabi Muhammad S.A.W pada setiap 12 Rabiul Awal dalam kalendar Hijrah. Untuk tahun 2012 ni, maka Maulidur Rasul jatuh pada 5 Feb 2012.

Apa kepentingannya Maulidur Rasul pada umat Islam di Malaysia dan amnya di seluruh dunia? Kita kena tahu apa yang menyebabkan Maulidur Rasul diberi cuti umum di negara kita sendiri. Tujuan Maulidur Rasul ini diberi cuti umum ialah bagi memudahkan umat Islam untuk pergi ke masjid-masjid berdekatan
bagi mendengar majlis ilmu, tahlil, berselawat ke atas Rasulullah S.A.W dan menghayati perjuangan baginda bagi menyebarkan syiar Islam. Dan kebanyakan kawasan, selepas habis majlis ilmu di masjid, ada sedikit jamuan yang disediakan dan ada yang membuat perarakan dari masjid ke pusat bandar sebagai simboliknya sambutan Maulidur Rasul di Malaysia.

Sebenarnya saya bukanlah nak mengajak pembaca dan follower blog saya untuk pergi berarak sahaja. Yang paling penting bagi saya ialah Majlis Ilmu itu sendiri. Apa katanya lepas bersarapan di rumah, bersiap sedialah kita untuk pergi ke masjid dan mendengar majlis ilmu ini. Bagus untuk menambah ilmu dan Allah SWT suka kepada hamba-hambtaaNya yang pergi ke majlis ilmu di masjid-masjid, banyak fadhilatnya. Bagusnya di hari cuti Maulidur Rasul ni, itulah aktiviti yang sepatutnya kita buat, bukannya hanya terperuk kat rumah tengok TV yang kononnya menyiarkan rancangan menarik untuk memperingati Rasulullah SAW, tetapi entah bukan-bukan aje ceritanya…tak pun hari cuti pergi merempit dengan motor, pergi shopping sana sini dan apa sahaja aktiviti yang tak bagus di hari Maulidur Rasul ni…

Sama-sama le kita ke masjid. Mari kita menambahkan ilmu pengetahuan kita dengan mendengar ceramah ilmu… Ingat! Ceramah Ilmu ye.. bukannya ceramah politik…