Malaysia kalah teruk dengan Jepun–Satu pengajaran

image

Apabila Malaysia kalah dengan team Jepun bagi kelayakan Olimpik 2012 dengan jaringan yang cukup besar, ramai yang menepuk dahi apa yang sebenarnya berlaku pada pasukan Malaysia malam tadi.

Dalam suratkhabar arus perdana untuk besok, confirm akan keluar berita seperti “SKUAD NEGARA MEMALUKAN”, “MENGAIBKAN”, PASUKAN MALAYSIA TUMBANG” dan macam macam lagi statement yang akan keluar dalam suratkhabar besok, tanpa memikirkan apa yang pemain Malaysia peroleh dalam perlawanan yang penting ni.

 

Malam tadi, Malaysia tumbang 0-4 di tangan Jepun

Apa pun, dalam perlawanan tadi, nampak sangat terlalu banyak ruang yang ‘bolos’ kat defend Malaysia sampai tengok gol yang terbolos tu pun sepatutnya boleh ditangani dengan mudah oleh pertahanan Malaysia sekiranya mereka betul-betul fokus.

 

Tapi saya tidak berhak nak komen lebih-lebih. Orang yang lebih sesuai ialah Ong Kim Swee, jeneral untuk team Malaysia ni.

 

Apapun, pengajaran juga untuk team Malaysia kali ni, belajar macam mana nak menghadapi counter-attack daripada pihak lawan dan perkemaskan pertahanan. Serangan pun masih tumpul. Kita masih belum ada penyerang yang betul-betul digeruni lawan setakat ini ( untuk bawah 23 tahun ). Asah le sikit si Shakir tu…. Jangan nak asah Wan Zack Haikal je.. yang lain-lain penyerang tu biarlah tajam juga…

 

Walau bagaimana pun, tahniah untuk Malaysia bawah 23 tahun ni kerana mampu bermain di peringkat kumpulan kelayakan Olimpik ni…