Bila FOREX Internet diharamkan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan….

image

Apa? Forex Internet haram?  Argghh.. Begitulah suara salah seorang rakan rapat saya bila Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengambil keputusan dan mengumumkan yang urusniaga FOREX diharamkan.
Ada yang siap sumpah seranah lagi keluar dari mulut. Ada juga yang menumbuk dinding dan meja… Ada juga yang termenung memikirkan yang dah berapa banyak duit yang ditelan masuk dalam perut (dalam bentuk makanan le..) hasil dari aktiviti forex ni tadi..


Walau bagaimanapun, pengharaman aktiviti FOREX ni hanya pada urusniaga yang melibatkan online (internet). Dalam keadaan sebenar, urusniaga FOREX di antara bank-bank dan pertukaran wang asing melalui medium urusniaga fizikal masih lagi dibenarkan.

Apa alasan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan dengan FOREX internet ini.? Sebenarnya banyak sebab kenapa Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil keputusan sedemikian, contohnya disebabkan oleh isu Leverage (kemudahan pinjaman), permainan spekulator, unsur riba dalam leverage dan isu pegangan serta penyerahan semula. Kalau nak detail tentang kenapa dan sebab musababnya, saya rasa link di bawah ini adalah yang terbaik untuk pembacaan semua. (Blog Prof Madya Ashraf Wajdi Dusuki)

http://www.asyrafwajdi.com/home/index.php?option=com_content&view=article&id=14%3Aulasan-peribadi-mengenai-fatwa-majlis-fatwa-kebangsaan-mengharamkan-urusniga-forex-online&catid=1%3Aartikel&lang=en

Saya pernah melihat beberapa rakan saya yang sebelum ni terlalu obses tentang FOREX internet ni. Maklumlah nak kaya cepat masa tu.. Setiap hari duduk kat meja, mengadap laptop sambil melihat indicator menuju ke arah mana… Jika indicator tu menurun, kita JUAL… Jika indicator naik, kita beli…
Tapi jika salah urusniaga, confirm akan rugi banyak… Bergantung pada modal yang dilaburkan. Macam,-macam syarikat yang tumbuh macam cendawan yang timbul kat internet menawarkan urusniaga FOREX. Paling terkenal ialah FXOPEN, LiteForex, EasyForex dan macam-macam nama lagi le…

Kalau ebook pula, siap ada yang karang dan siap jual pivot (tak pun software untuk membaca indicator forex). Forex ni cara permainannya bergantung pada pasaran wang semasa, memang bahaya.

Apa pun, FOREX sudah pun diharamkan. Ada orang yang masih meneruskan permainan, ada yang patah hati, ada yang rugi besar dan macam-macam lagi perasaan.
Yang haram tetap haram juga!!!