Tidak sesuai untuk ke pantai sebelah timur

image
Pantai Sepat, Kuantan, Pahang :  Walaupun tengok macam tenang, tetapi ombaknya bergelora dan sudah mengorbankan ramai nyawa akibat lemas.

Kebetulan ketika saya saekeluarga tinggal di Kuantan, kami menyewa homestay di Kampung Kempadang, Kuantan di mana sebenarnya kampung  ini berdekatan dengan pantai. Cuaca ketika 3 hari kami berada di Kuantan amat baik sekali. Kononnya nak pergi ke pantai, nak tinjau juga kalau ramai orang di pantai Kempadang tu… tapi menurut penduduk sekitar kampung ni, kalau nak ke pantai setakat nak mandi, dia orang ni cakap mandi dekat rumah lagi baik..

Kenapa dia orang cakap macam tu arr……!!!!

“Pantai di Kedampang ni sebenarnya bersambung dengan Pantai Sepat. Kalau nak mandi Pantai Sepat adalah yang sesuai kerana ramai yang ke sana. Tapi pantainya agak landai. Awak tengok ombak yang sampai kat pantai tu, ombak tu agak laju dan tinggi. Kalau mandi dekat tepi nun.. confirm ombak tu tarik anak awak ke tengah!!!” kata En. Raisudin, salah seorang penduduk yang saya baru kenal di Kempadang.

Dakwaan En Rasuidin tu ada benarnya. Bila tengok ombak di persisir Kempadang ni, ombaknya pun boleh tahan tinggi. Yang sedang menolak perahu pun dekat 4 orang untuk 1 perahu ( nak pergi tangkap ikan bagi mencari rezeki, kerja pun nelayan )

Saya membatalkan hasrat untuk ke Pantai Sepat… Kesimpulannya, buat masa ini tidak sesuai untuk ke pantai. Kalau nak juga pergi le ke sebelah barat macam pantai Port Dickson atau pun Pantai Kukup. Tapi tak sangka juga ketika saya berada di pantai Kempadang, di Pantai Sepat sahaja sudah 3 nyawa melayang kerana lemas.