Oh! Nasi Lemak yang berlemak le sangat….!!!

image

Nasi lemak… nasi lemak…  nasi lemak…. !!!

Suara budak atau pun kengkawan sebaya yang menjual nasi lemak dari rumah ke rumah, masih lagi terngiang-ngiang gitu di telinga saya.. Nasi lemak sejak dari dahulu memang sudah menjadi juadah yang wajib, bukan sahaja dalam keluarga saya , malah nasi lemak yang dijual oleh budak tadi menjadi favourite di blok 6, flat LPJ Pasir Gudang sekitar 30 tahun yang lepas.


Khabarnya budak yang menjual nasi lemak tadi  pun menjadi seorang Safety Auditor di sebuah firma Oil & Gas.

Saya bukannya nak bercerita pasal budak yang menjual nasi lemak tu tadi.. tetapi ia berkenaan dengan nasi lemak tu sendiri. Pada era 90-an, nasi lemak berlauk tak begitu popular kerana masa tu memang kurang orang yang menjual nasi lemak siap dengan lauk. Yang ada pada masa tu ialah nasi lemak biasa, di mana ketika itu hanya perlukan sambal, ikan bilis goreng, kacang tanah yang digoreng serta dua ricih timun dan paling penting ialah telur rebus di belah dua. Saya ingat ketika itu nasi lemak dijual dalam sekitar RM0.70. Bagi yang hidup pada masa era 80an dan 90an, nasi lemak sebegini dah kira power le juga… Bila makan dalam kuantiti yang sedikit, hmm confirm kenyang punya…

Kita pergi ke zaman milennium ni, selepas 12 tahun melepasi tahun 2000. Sesuai dengan peredaran zaman, nasi lemak yang dijual dengan aksesori seperti telur rebus (itu pun hanya dapat 1/4 dari sebiji), letak sambal sedikit, ikan bilis sikit, timun sericih… paling murah pun RM1, paling mahal RM1.70. Itu pun dengan menolak beberapa perisa (seperti kurangkan santan sikit, sambal pun kasi kurang).

Nasi lemak berlauk dah mula popular selepas tahun 2000. Mula-mula ada ayam rendang atau pun rendang daging je.. lepas tu dah macam-macam jenis lauk ada yang disediakan oleh pihak penjual bagi menggamit pelanggan dengan beberapa pilihan lauk yang boleh diletakkan kat dalam pinggan. Dari segi harga, paling murah (jika letak ayam goreng, sambal, kacang goreng, kuah rendang sikit) confirm dijual RM3.50. Paling mahal yang pernah saya dengar ( dalam negeri Johor ) ialah RM7.00

Cuma bagi saya, nasi lemak berlauk ni yang tak bestnya… dari segi nasi itu sendiri.. kata jual nasi lemak.. tapi rasa nasi pun macam tak ada lemak.. macam nasi putih le pulak..

Apa pun, dalam kegilaan kita pada nasi lemak berlauk ni.. bagi saya, hmm patut-patut le tu.. makan nasi lemak banyak-banyak karang tak boleh nak buat kerja pulak…!! Ngantuk sebenarnya bila makan nasi lemak berlauk ni… baru pukul 9 pagi je ngantuknya semacam….!!! Aduzzzzzzzzz!!!!

Ape-ape hal pun.. aku masih lagi rindu dengan nasi lemak 30 tahun lepas…!!

Moral of story : Berpada-pada le bila beli nasi lemak pagi-pagi ni.. ngantuk lepas makan nanti.. macam mana nak kerja arr!!!????

Kredit gambar : Blog FnF (http://fatenton.blogspot.com)