Kolam Air Panas Sg Klah… sememangnya Hotszz!!!

imageimage
OK. Sudah tiba masanya untuk saya menjenguk Kolam Air Panas Sg Klah, yang menjadi bualan orang ramai di sekitar daerah Batang Padang kerana keunikannya yang tersendiri. Kolam Air Panas buatan ini dibangunkan oleh anak syarikat Felda, Plantation Resort Sdn Bhd.

Terletak lebih kurang 15 hingga 20km dari Sungkai dan terletak di kawasan Felda Sg Klah, kolam air panas Sg Klah ini dibuka seawal 8 pagi, harga tiket untuk memasuki
Hot springs ni adalah RM10 untuk orang dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Hmm beza RM2 je… Kenapa kalau untuk kanak-kanak bagi je RM6 macam sebelum ni….dah nama pun kanak-kanak.

Di hujung minggu, terutamanya hari Ahad, Hot springs Sg Klah ni confirm penuh dengan manusia dari seluruh semenanjung Malaysia. Bukan dari negeri Perak sahaja Yob!!! Raaamaaaiiiiii…
Di sini apabila sampai sahaja di beberapa buah kolam, pengunjung dibenarkan untuk berendam kaki pada suhu kolam yang tertentu.. Paling rendah suhunya adalah dalam 25 C, paling tinggi kepanasannya pun dalam 60 C.

image
Kalau kolam yang ni.. kaki boleh masuk lagi…!!!

imageimage
Kalau rasa kaki nak melecur, rendam le kat sini…!!! Kalau rendam telur boleh le… buat telur setengah masak. Telur pun ada dijual di sini jika anda berhajat untuk merebus telur.


imageimage

Kat sini pun ada juga tempat spa… jika anda berminat nak buat spa satu badan.. di sini caj yang dikenakan adalah RM75.00. Kira OK le tu…

image
Sebelum anda meronda-ronda di Hotspring Sg Klah ni, apa kata anda kaji dulu pelan ni? Batu tak sesat jalan Yob!!!


image
Penunjuk arah di dalam hotspring.

image
Kalau dekat sini anda boleh berendam selama lama anda suka.. sebab tak berapa panas airnya…!!!


image


image
Kalau kolam yang ni tak panas langsung..! Macam taman tema biasa je…

Gambar-gambar lain Hot Spring Sg Klah

SONY DSCsungai-klah-hot-spring-trolak-perak-felda-residence-hot-springs-perak-malaysia-spaYTC_201101_07_01_007image

Terdapat beberapa gerai yang disediakan oleh pihak pengurusan sekiranya anda nak makan.. tidak lupa juga tempat nak mandi dan bersalin pakaian lepas mandi kat kolam.
Anyway, sebenarnya saya dan keluarga baru sahaja pergi ke Sg Klah ni pqada 26hb Dec 2011, tetapi malangnya kamera saya problem. Kalau saya dapat gambar-gambar ni, saya akan update pada post akan datang.

Akhir sekali, terima kasih pada pegawai-pegawai di Sg Klah yang banyak membantu dan memberitahu saya tentang apa yang specialnya Kolam Air Panas ni.. kononnya dengan berendam kaki kat kolam, maka boleh menyembuhkan penyakit kulit, sebab air panas tu ‘original’ datang dari gunung. Wallahualam.

Terima kasih kepada tuan punya blog di bawah kerana gambar-gambar yang menarik yang dipaparkan semula di dalam blog ini… Jangan lupa untuk melawat mereka sekali…
http://keluarga82.wordpress.com
http://eddyleesinti.blogspot.com
http://danielctw.com
http://sjiehan.com