Kepentingan kad warranty ( Warranty Card )

image

Ada beberapa sahabat saya mengadu dan nak buat aduan ke tribunal pengguna dek kerana pihak penjual dan pengeluar menolak permohonan mereka untuk membaiki kerosakan yang terdapat pada alat perkakasan elektrik yang baru dibeli.(Kosnya ialah tidak perlu bayar sekiranya masih dalam jaminan). Kononnya dalam perjanjian jual beli dan seperti yang tercatat dalam kad waranti, jaminan adalah setahun untuk alat yang diguna selepas jualan.

 

Tetapi kata pihak dealer, pihak pengeluar produk terbabit menolak untuk membaiki kerosakan yang ada pada barangan yang dibeli. Kenapa jadi begitu pulak.

Hmm.. alasan yang diberi ialah kerana pihak pembeli tidak menghantar kad waranti yang menyatakan tentang jaminan, serta butiran-butiran yang perlu  diisi oleh pihak pembeli, contohnya alamat rumah dan nombor yang boleh dihubungi oleh pihak pengedar..

 

Kenapa mesti hantar? Bukankah jika masih ada dalam jaminan (waranty), pengguna berhak untuk tidak membayar kos kerosakan, atau paling tidak, perkakasan alat elektrik tu dipulangkan semula?

Pusing-pusing kat sini.. sebenarnya kad waranti tu.. bila dah beli alat perkakasan apa pun, perlu dihantar kepada pihak penjual atau pun terus ke pengedar bagi menjamin sekiranya ada apa-apa yang berlaku pada alat tersebut, maka dengan segeranya mereka akan bertindak… macam terus repair atau pun menggantikannya kepada yang baru.. Bukan semua syarikat perkakas yang tidak memperduliakn aduan pengguna.. tetapi kalau kad waranti tidak dihantar, mereka tak mahu bertindak…!!!

Nasihat saya, walaupun anda beli mancis pun, tapi ada waranti letter, hantar je waranti letter tu.. baca dulu apa yang terkandung dalam surat perjanjian.