Johor Premium Outlets–Hanya untuk orang kaya dan overseas sahaja beb…!!!

image

Johor Premium Outlets, yang terletak lebih kurang 5km dari Senai, Johor telah dibuka pada December 2011 yang lalu dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika saya dan isteri sampai di sana pada jam 6:30pm pada 1 Jan 2012, hmm memang ramainya orang… Tapi saya tak tau yang sebenarnya orang kita yang ramai ke.. atau pun orang Singapore.. sebab gaya berbual pun macam Singaporean juga…Tak juga lupa saya terjumpa manusia berupa Titus Bonai (pemain bolasepak Indonesia) dan juga pak-pak arab yang bershopping sakan kat sini.. Maklum le.. diaorang ada kuasa membeli…


<KENOX S760  / Samsung S760>
Bila sampai kat sini tengok ramai orang yang beratur.. Ingatkan ape…? Rupa-rupanya beratur sebab nak bayar parking dekat mesin autopay! Seklai masuk kena RM3.00

<KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760>
Gambar di atas adalah antara jenama-jenama besar yang memasarkan produk mereka di Johor Premium Outlets ni ( JPO singkatannya).
Ada antara jenama-jenama ni saya tak pernah pun dengar… Mungkin saya tak tau kot. Contohnya Cotton , Pink Jambu, OROTON. RAOUL. Hmm memang tak tau pun ada brand name ni.. Jenama terkenal seperti ADIDAS, NIKE, PUMA, VICCI, BOSS dan macam-macam lagi, semuanya jenama overseas sudah pun membuka outletnya di sini.

<KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760>
Punya le ramainya orang. Tapi rata-rata bawa tangan kosong je….!!


<KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760>
Salah satu outlet yang memberikan jualan murah dengan potongan harga sehingga 70%.
Ramai pelanggan sedang memilih handbag dan sandal untuk dibawa pulang.


<KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760>
Suasana di kedai NIKE. Memang ramai orang yang nak beli kasut sport! Potong harga pun saya masih tak mampu nak beli….


<KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760>
Suasana di outlet PUMA. Beg hijau tu dijual dengan harga RM359.99


<KENOX S760  / Samsung S760>
Ada pancuran air di tengah kawasan walk in…




<KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760>
Suasana di kedai ADIDAS. Barang-barangnya amat ‘murah’ belaka bagi orang-orang kaya…

Apa yang saya dapat simpulkan di sini, jika anda adalah golongan pertengahan atau pendapatan kurang daripada RM4000 sebulan, jangan mimpilah nak shopping kat sini. JPO target ialah untuk orang overseas yang mempunyai kuasa membeli. Paling dekat dengan kita ialah Singapura. Pada masa saya mengunjungi JPO ni, hampir 30% yang datang adalah warga Singapura dan mereka amat senang bershopping dan bersantai di sini. Orang KL pun rasanya boleh turun ke JPO untuk bershopping.
Orang kita pulak, rata-rata bawa balik tangan kosong je… tak beli apa-apa pun!!!

Untuk ke Johor Premium Outlet ni memang mudah. Jika anda dari KL, hanya perlu turun ke susur persimpangan Senai Utara dari Highway Plus, maka dah sampai pun ke JPO.

Selamat Bershopping sakan di JPO

<KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760>
Suasana ketika malam. Masih ramai lagi orang yang bershopping dengan tangan kosong