Harga sate sekarang!

image

Kalau dalam 25 tahun yang lalu ketika zaman saya masih bersekolah, sate dikira makanan yang kurang popular di sekitar tempat saya tinggal. Ketika itu tidak banyak sate yang dijual di tepi jalan seperti sekarang ni…
Pada masa tu, saya masih ingat untuk membeli sate hanya perlu duduk kat rumah sahaja. Kenapa? Sebab masa tu penjualan sate adalah dari rumah ke rumah.
Bila nampak penjual sate lalu sahaja kat depan rumah, tahan sahaja motorsikal penjual sate tu.. lepas tu order le berapa banyak sate yang anda mahu… Ketika itu, kebanyakan orang lebih menggemari sate daging dari sate ayam. Sate yang dicucuk juga agak banyak (dalam 5 ketul daging kecil)  dan dijual dalam harga RM0.20.

Harga sate mula naik RM0.10 menjadikannya harga sate RM0.30 selepas itu, sesuai dengan kos bahan mentah yang semakin meningkat, terutamanya harga daging lembu / kerbau yang melonjak naik ketika ekonomi negara merudum pada sekitar tahun 1997. Peliknya sate kajang tak pulak naik harga. Selepas itu, ia semakin naik setiap 3 atau 4 tahun. Di Johor, terkini harga secucuk sate dijual dengan harga RM0.60.

Bayangkan kalau nak beli sate dalam sepuluh cucuk, confirm le kena RM6.00. Bila 20 cucuk, 30 cucuk hah kira le sendiri berapa?Mau tak RM12.00 kalau 20 cucuk.

Paling penting selain cara sate dicelur dengan rempah ratus serta cara dipanggang, kuah sate juga memainkan peranan yang penting. Kalau kuah tak sedap, buat sate yang lazat pun belum tentu confirm puas, kerana kuahnya yang tak sedap. Tetapi kini saya agak kecewa dengan segelintir penjual sate. Dah le satenya mahal, tapi kuahnya langsung tak de rasa. Lepas tu kan, bukannya daging yang aku rasa.. tetapi lemak lembu yang dipanggangnya.. Buang duit je beli sate zaman sekarang ni…

Saya berharap le sangat pada penjual sate ni.. jujur le sikit dalam berniaga.. tak payah le kuah sate tu sampai tak de rasa langsung beb.. confirm lepas ni tak de le orang nak beli sate tu…..