Berjalan ke Bukit Gambang Water Park

IMG_5503

Pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu dan pada tarikh yang lebih spesifik iaitu pada 23hb Jan 2012, saya sekeluarga bersama dengan abang ipar sekeluarga berkesempatan untuk mengunjungi salah sebuah tempat taman tema air yang boleh dikatakan tersohor le jugak di Pahang.
Kami sekeluarga tiba di Bukit Gambang Water Park pada pukul 9:45 pagi. Sebelum benar-benar tiba di tempat letak kereta, kami terpaksa ‘beratur panjang’ kerana banyaknya kereta yang hendak masuk ke sana.


IMG_5494
Bersusun kenderaan yang berada di tempat parking. Kami parking yang paling jauh!!!

Apabila kami tiba di pintu masuk Bukit Gambang Water Park ini, suasana mula menjadi kalut. Bukannya kalut apa.. sebab kaunter tiket penuh dengan orang. Ini memang suasana yang biasa bila tiba hari cuti umum. Kat mana-mana pun confirm sama sahaja.
IMG_5488IMG_5490IMG_5492IMG_5495
  Punya le ramai manusia kat sini…. Tengok aje le kawasan jualan tiket. Nak sampai ke kaunter je dah dekat 1 jam setengah…..!!!

IMG_5496
Tengok sahaja suasana di luar taman tema ni.. Memang luar biasa

IMG_5500
Kesian akak tu menunggu sampai 2 jam (tunggu suami belikan tiket)

Isteri saya ditugaskan untuk membeli tiket masuk ke taman tema ni.. Agak lama juga menunggu untuk mendapatkan tiket masuk ni.. Tiket hanya diperolehi pada jam 11:45 pagi. Agak bengang le jugak…

Sebelum dapat memasuki taman tema ni, kami harus melalui sebuah kedai cenderahati yang memang sengaja diadakan di situ sebelum kami memasuki taman tema air Bukit Gambang ni.
IMG_5491IMG_5493
Gift Shop Water Park yang terpaksa ditempuh oleh para pengunjung. Macam-macam ada kat dalam kedai ni..

Sebelum boleh melepasi masuk ke Taman Tema air ni, satu lagi halangan ialah dari pihak pengawal keselamatan. Setiap beg mesti diperiksa oleh pihak security. Di kawasan ni, terdapat amaran dari pihak management bahawa TIDAK BOLEH MEMBAWA MAKANAN ATAU MINUMAN DARI LUAR. Tapi masalahnya ramai yang bawa air dari luar.. Macam mana tu… Pihak security melepaskan juga pengunjung yang bawa air dari luar.
Selepas melepasi kawasan security tadi, sebelum benar-benar tiba di kawasan permainan kami singgah sebentar untuk minum seketika… Nama kedai makan ni ialah CoCo Pizza kalau tak silap saya.
IMG_5508
Ada 4 menu utama yang ditawarkan kepada pelanggan. Malangnya pada hari tersebut, cuma ada Pizza sahaja.. Yang lain tak buat.. alasannya tak cukup pekerja…Steaming mad

IMG_5507
Selain pizza, kentang goreng aje yang ada,… macam mana tu?

Selepas singgah minum, kami terus menuju ke tempat permainan seperti yang digembar-gemburkan antara yang terbaik di Pahang. Untuk pengetahuan semua, harga tiket untuk masuk ke taman tema air di Bukit Gambang adalah seperti di bawah. Kau orang tengok lah sendiri kat bawah tu….!!!

image
Setakat 23hb yang lalu, harga tiket masuk masih dalam harga promosi. Di Bukit Gambang Water Park, selain harga tiket anda juga kena membeli sejumlah nilai tertentu. Gunanya ialah bila anda hendak menyewa pelampung atau chalet kecil (tempat berteduh yang tak best langsung), jumlah nilai wang tadi akan dipotong dengan hanya mengibas pada barcode ( scanning pada barcode)

Bila masuk aje.. hmm tengok aje pada tempat berteduh tu.. semuanya penuh dah disewa dengan orang.Surprised smile
Kami semua terpaksa mencari tempat yang lain dan akhirnya kami berteduh di tempat yang kami fikirkan sesuai.. Tak perlu bayar.
IMG_5509IMG_5510
Tempat berteduh semua penuh dengan orang.


IMG_5533IMG_5546
Macam biasa dan mana-mana tempat pun sama, disediakan peraturan dan pelan taman tema.. Ikut je le..

Disebabkan terlalu ramai orang pada hari tersebut, saya mengambil keputusan untuk membiarkan ahli keluarga yang lain bermain dahulu sambil saya membaca suratkhabar sekejap. Tetapi 10 minit kemudian, saya berjalan semula secara bersendirian untuk melihat sendiri apa yang fancy sangat dengan taman tema ni sampai berkoyan-koyan orang pergi ke sini untuk membawa keluarga enjoy main air kat sini..

IMG_5513IMG_5514IMG_5516IMG_5517IMG_5518IMG_5519IMG_5520IMG_5521
Anda lihat le sendiri gambar-gambar kat atas tu.. Berkoyan-koyan manusia nak mandi kat sini

IMG_5531
Tempat gelungsur air khas untuk kanak-kanak, tetapi orang dewasa pun boleh main sama

IMG_5527IMG_5528IMG_5532
Dia orang ni tunggu apa? Semua berdiri? < Tunggu kena siram dengan ikan besar yang kat atas tu….!!!

IMG_5526
Salah satu tempat permainan tumpuan, mengapungkan diri ke dalam salur air sampai ke kolam

Saya hanya sempat main air dekat 3 tempat sahaja, disebabkan terlalu ramai orang yang datang dengan niat yang sama.
Kalau diikutkan, dengan harga tiket RM21 tu sebenarnya tidak berbaloi untuk kami sekeluarga kerana tidak semua permainan air yang dapat kami join dengan ramai orang kat sana. Harga makanan dengan minuman? Hmm standard taman tema ni biasa le.. harga se tin air RM3.50 untuk setin air 100 PLUS. Makanan pun mahal dan paling laku ialah coco pizza sebab hanya itu sahaja yang ada.
Jika anda ada kelapangan untuk membawa famili jauh sikit dari bandar, taman tema Bukit Gambang ni mungkin sesuai dengan anda, dengan lokasinya berdekatan dengan Kuantan. Tapi jika pergi pada masa cuti sekolah , jumlah orang yang datang kat sana pun serupa macam dalam gambar tu..

IMG_5515
Surau disediakan untuk bersolat. Jangan tau nak main air je….