Wanita bertudung untuk menutup aurat ke.. nak cari glamour?


image

Dahulu dalam 30 tahun lepas, wanita yang memakai tudung untuk menutup kepala ( senang cerita untuk menutup aurat, iaitu rambut ) agak kurang, tetapi masa tu selendang yang paling popular sekitar era 70-an dan 80-an. Bila kebangkitan Al-Arqam pada awal 80-an, tudung dan purdah mula popular. Pada masa itu, tudung plain menjadi pilihan.

Sesuai dengan peredaran zaman, tudung pun mula bervariasi. Macam-macam jenis tudung yang ada di pasaran sekarang. Cari jelah tudung jenis ape…. macam tudung lidah ke…tudung arab…tudung syria, selendang tudung… macam-macam ada jenis tudung yang ada di pasaran sekarang. Maaflah saya sebenarnya tidak mahir dengan jenis-jenis tudung, tetapi lihatlah apa yang ada di sekeliling kita. Ramai wanita semakin anggun bila bertudung.

Persoalannya, apa niat kita untuk bertudung? Selain untuk menutup aurat rambut, adakah bertudung kerana untuk melaram, nampak cantik atau untuk menunjukkan dengan bertudung kita akan nampak hebat dan glamour.

Bila saya ajukan beberapa soalan kenapa mereka bertudung ialah kerana bila bertudung, kita akan nampak lebih cun dari biasa…Patut le bila jumpa, atas bertudung tapi pakai sendat-sendat sampai nampak apa yang tidak sepatutnya.. Hmm niat dah memang salah, cara pakaian pun tak kena…

Bagi para wanita di luar sana, perbetulkan niat kita.. apa tujuannya bertudung.. Kena fikir tu balik…!!