Aduhai Lee Chong Wei

image

Lee Chong Wei akhirnya gagal untuk mara ke final BWF superseries yang pernah dijuarai oleh beliau 3 kali sebelum ni. Dia kalah kepada pemain China, Cheng Long.

 

Bermain badminton ni perlukan ketahanan fizikal, mental dan taktikal yang betul, terutamanya membaca langkah pemain lawan. Walaupun kita tahu Chong Wei masih memegang title selaku pemain nombor 1 dunia, tetapi kalau kita perasan le… sejak 2 ke 3 tahun lepas sebelum ni, Chong Wei selalu kalah, bila berhadapan dengan pemain China (terutamanya pemain yang berlagak anjing : Lin Dan)

 

Semalam, sejurus selepas kekalahan Chong Wei kepada Cheng Long, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan untuk meningkatkan semula tahap permainan Chong Wei, terutamanya dari segi taktikal dan mental beliau. China mungkin sudah mengkaji cara Chong Wei bermain, maka tidak hairanlah kalau Chong Wei kerap kalah bila bertemu dengan pemain-pemain seperti Lin Dan serta Cheng Long.

 

Untuk mempersiapkan pasukan yang mantap untuk kejohanan yang akan datang, BAM kena bermula sekarang dan tidak boleh bergantung kepada Chong Wei semata mata. Aku tengok Chong Wei ni dah makin cengkung dikerjakan oleh BAM. Bagaimana dengan pembangunan pemain pemain muda? Macam tak de cerita jee….?