Pemuzik Malaysia yang boleh bermain lebih daripada 3 instrument

 

image

Kalau diikutkan, sebenarnya Malaysia memang ramai pemuzik yang berjaya. Berjaya dari segi apa? Berjaya menghasilkan karya-karya yang tidak boleh dipandang enteng oleh pemuzik luar negara, juga hasil kerja yang mengkagumkan. Tetapi apa yang saya nak mengomel kat sini bukannya pasal hasil karya, tetapi lebih kepada pemuzik yang boleh bermain lebih daripada 3 instrument muzik.

 

Sebagai seorang pemuzik, adakah mereka hanya perlu tahu bermain dengan hanya satu instrument sahaja? Bagi pendapat saya, bermain hanya satu instrumen sahaja sebenarnya tidak boleh memperkembangkan bakat yang ada pada pemuzik itu sendiri. Kalau dalam senarai pendek saya, tidak ramai sebenarnya pemuzik di Malaysia yang boleh bermain lebih daripada  3 instrumen. Mungkin yang pro pun , lebih pro pada satu alat muzik sahaja.

 

Kita lihat mana satu pemuzik di Malaysia ni yang berkebolehan bermain 3 atau lebih peralatan muzik dalam satu-satu masa.

 

1. JOE WINGS

 

image

Walaupun Joe Wings ni lebih hebat dengan gitar kidalnya tu, tetapi sebenarnya Joe pernah terlibat dalam penerbitan album untuk beberapa artis tempatan, terutamanya band rock. Joe Wings boleh bermain keyboard, piano, drumkit, bass dan beberapa alat percussion. Tetapi kita hanya kenal dia main gitar aje.. Cuma bab menyanyi dia agak kurang sikit.

 

2. MAMAT KHALID ( PENERBIT, PENGARAH, PEMUZIK)

image

Mamat Khalid yang kita kenal ialah pengarah filem. Kadangkala berlakon sebagai cameo aje.. kadang-kadang jadi juri rancangan realiti, tetapi sebenarnya Mamat Khalid boleh mencipta lagu serta lirik dan boleh bermain beberapa instrumen muzik, terutamanya keyboard. Selain keyboard, dia boleh bermain gitar, bass dan drum asas. Beberapa filem dan drama arahannya, skor lagu dilakukan sendiri olehnya.

 

3. ALONG (EXISTS)

image

Agak lama tak muncul dalam dunia hiburan sekarang, tetapi bukannya ‘Diam Gunung Berapi’ Along ni. Beliau yang kita kenal lebih kepada bermain gitar, tetapi sebenarnya dia boleh menyanyi, bermain bass, drum dan keyboard. Dah ada 5 perkara yang boleh dibuat.

 

 

4. M. NASIR

image 

Cuba cakap dengan saya apa yang M.Nasir ni boleh main? Memang hebat, hampir semua alat muzik (kecuali seksofon dan trompet) dia boleh mainkan, sekitar tahun 1980 an dan 1990 an, banyak band-band rock kapak ketika itu mendapatkan khidmat M.Nasir untuk mendapatkan lagu ciptaannya kerana ketika itu, jika nama M.Nasir aje.. confirm lagu tu meletup di pasaran. M.Nasir juga pernah buat album sendiri di mana 100% lagu adalah ciptaan M.Nasir sendiri, nyanyi pun sendiri dan hampir semua instrumen pun dia ada main dalam setiap lagu-lagunya.

 

5. EDDIE HAMID

image

Eddie Hamid ni saya kategorikan sebagai pemuzik yang senyap. Kita hanya kenal dia melalui ciptaan lagu yang memualkan, ( contohnya Halimah Jongang ) tetapi jangan tak sangka, dari segi instrumen beliau boleh main gitar, dram set, bass, piano dan juga percussion, selain menyanyi.

 

Saya hanya senaraikan 5 sahaja dari nama-nama besar di atas. Cuba beritau saya siapa lagi pemuzik di Malaysia ni yang boleh bermain lebih dari 3 instrumen muzik.. Hah cuba bagitau…!