Susah sangat ke main gitar ni….?

image

Beberapa orang dari kalangan pembaca blog saya yang tak best ni, dan juga beberapa kawan-kawan saya ada bertanyakan kepada saya, “Man, kenapa kau tak tulis pasal compose lagu ke… main gitar ke… main dram ke.. kau kan tau main alat muzik ni…?”

Satu lagi soalan : “ Semakin ramai yang menunjuk-nunjukkan bakat masing-masing bermain alat muzik, tak pun menyanyi suka-suka, last-last jadi artist rakaman. Tak payah susah-susah masuk pertandingan realiti!, kenapa kau tak main gitar kat youtube jerrrrr…?”

Hmm… Main kat Youtube arr…!!! Kalau ikutkan aku ni bukannya seorang yang berskill sangat main gitar ni… walaupun ada 3 jenis gitar yang digunakan bila bermain di rumah.  Saya main gitar hanya untuk syok sendiri. Nak main kat youtube, saya terus terang cakap sini.. aku tak de masa…!!! Nak rakam lagi lepas ni nak edit lagi rakaman tu.. hmmm masa itu emas bro… dari rakam aku main gitar ni.. baik aku rakam burung hantu tengah tidur kat depan pokok rumah tu.. Nak ?

Tidak mungkin saya akan merakam skil bermain gitar kat youtube sebab dah ramai orang yang buat dah.. Tapi tak banyak rakaman di youtube mengajar cara-cara bermain gitar dengan betul, terutamanya note/ chord basic.

Kalau yang baru bermula nak main gitar, selain belajar chord basic, anda juga perlu tahu chord yang susah sedikit dan lagu yang nak dimainkan itu. Hmm kat internet pun dah berlambak. Ikutkan main gitar ni tak de susah sangat pun.. yang penting ialah minat anda kepada muzik dan kena ada gitar le… Setakat nak belajar main chord A, C, D , Am, Cm, Dm senang sangat, cuma bila anda bermain dengan 3 chord atau yang meliobatkan harmonic ( main kat fret jauh) yang itu ada le susah sikit. Lagi susah ialah nak tau kat mana chord-chord tu duduk kat fret gitar tu…

Kalau aku rajin nak menulis cerita pasal muzik, aku akan posting lagi pasal gitar.