Penggunaan Google Webmaster Tool

image
Sebenarnya sebelum ini, aku kerap juga pergi dan menggunakan ‘Google Webmaster’ sebagai salah satu sistem monitor terhadap blog yang saya gunakan. Google Webmaster mampu memberikan impak dan informasi terhadap perjalanan blog ataupun website kita, terutamanya traffic.
Saya tidak akan menulis secara spesifik tentang penggunaan Webmaster dari Google ini kerana anda boleh melihat sendiri pada website dia, tetapi sudah cukup dengan menulis apa yang kita boleh perolehi dengan penggunaan Google Webmaster.
Di antara maklumat yang disediakan oleh Webmaster Tools ialah data-data tentang website/ blog anda yang telahpun di daftarkan atas akaun anda. Jika anda mempunyai akaun Google dan selepas itu mempunyai rangkaian blog (didaftarkan menggunakan blogger) adalah lebih baik. Blogger tu kan Google punya…!!!!
Melalui data ini, kita boleh mengetahui di mana kelemahan dan memperbaiki ‘crawl’ enjin pencarian dalam mengindekskan kandungan blog anda tu..

Di antara data yang disediakan oleh Webmaster ini ialah:-
i.) Data yang sedia ada dalam blog anda.
ii.) Data yang hilang daripada blog dan tidak dikemaskini serta tidak dikesan melalui tarikh
iii.) Kenapa data anda di webmaster berlawanan dengan Google Analytic.

Secara terperinci, anda boleh pergi sendiri ke website Google Webmaster tentang penggunaannya dan data-data mengenai blog yang anda karang tu.. Setakat buat blog tapi tak tahu performance pun masalah jugakan?
Jika ada permintaan, saya akan menulis lagi tentang Webmaster Tool dan Google Analytic di lain post.