Cerita terkini

Agak lama aku meninggalkan dunia penulisan blog di Blog Rizman M.A kerana masa sebelum Hari Raya dan selepas Hari Raya, aktiviti saya semakin banyak dan banyak rumah terbuka yang saya harus datang. Dah orang pun jemput kita datangkan? Mesti le kena datang….

Tetapi apa yang menjadi masalah aku sekarang ialah passion untuk menulis dan membuat update pada blog sendiri ni pun semakin berkurangan. Dalam kepala aku sekarang ni.. rasanya macam nak berhenti sementara daripada menulis. Alasan yang paling kukuh kenapa aku nak berhenti menulis ialah kerana masa yang tidak mengizinkan untuk aku menulis. Mana taknya, sampai rumah daripada tempat kerja dah le pukul 7 malam setiap hari. Lepas maghrib je kena pergi ke rumah terbuka tak pun berziarah ke rumah-rumah yang berdekatan. Jika tak ke rumah kawan aku, aku juga kena pergi ke rumah kawan-kawan isteri saya. Begitu aje le

 

Mahu tak mau aku kena gagahkan diri untuk menulis dan update, sebab domain blog ni pun dah dibeli. Maka aku kena teruskan juga…

Di kesempatan ini aku pun mahu menyusun jari memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, terutamanya kepada pengikut setia blog ni.. Jika ada terkasar bahasa dan terguris hati terhadap beberapa penulisan saya sebelum ni… Biasa le kan.. tak semua orang akan berpuas hati dan memuaskan hati semua orang…