Aku tukar nama blog ni….

Sudah agak lama aku menggunakan template blogger yang aku ‘sedut’ daripada web eblog.com tu.. Aku belum ada plan nak menukarkan template blog ini kepada template yang lain kerana bagi aku le.. template ini agak mudah untuk digunakan dan senang membuat kemas kini. Setting pun OK

Dan satu lagi keputusan yang harus saya lakukan ialah nama blog ni aku tukarkan daripada “BLOG RIZMAN M.A” kepada “D’StorizzBlog”. Kira ini ialah penjenamaan semula blog ni selepas lama ditinggalkan oleh aku dan kerana dah kurang pengunjung, aku berasakan “BLOG RIZMAN M.A” sudah tidak sesuai untuk aku gunakan pada blog ni..

Aku juga bercadang untuk mevariasikan semula blog aku ni… Aku tidak mahu dikenali sebagai penulis blog peribadi semata-mata. Aku sebenarnya masih mencari konsep yang sesuai. Kalau dulu aku lebih senang menulis isu-isu semasa, tetapi selepas difikirkan balik, tidak semua orang suka pada isu-isu semasa. Memang aku agak kecewa dengan suasana begitu. Ramai yang lebih suka cerita gossip dan yang tidak berfaedah.

Nak tulis pasal perniagaan pun, aku bukanlah sepenuh masa dalam bidang tersebut. Mungkin aku boleh menulis sedikit tentang perniagaan, tetapi berapa orang aje yang suka baca?

Trend peminat blog sekarang (tetapi bukan semua) ialah membaca blog yang lebih ke arah cerita-cerita hangat, hiburan dan cari duit mudah. Amat kurang yang suka membaca benda yang lebih teknikal macam setting komputer, buat setting blog, perniagaan fizikal dan sebagainya.

Sesuai dengan penukaran nama blog ni…, aku akan memikirkan niche-niche yang sesuai untuk diletakkan di dalam blog ni.. bukan hanya isu-isu semasa aje….