Tak study dulu kerrr???

image

Menangis le semahu mahunya, keluar air mata darah pun tak berguna.

6 orang pelabur yang melaburkan wang mereka kepada sebuah syarikat ‘gelap’ (kononnya syarikat ini adalah syarikat penternakan lembu serta memberi latihan) terpaksa berputih mata bila wang mereka ‘hangus’ disebabkan syarikat itu sudah tidak wujud lagi. Masing-masing rugi dalam jumlah RM15000 hingga RM20000 seorang.

Ini adalah salah satu kes yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa selepas wang sudah jadi debu-debu cinta… Apa pun dah tak dapat.

Tetapi harus diingat, masih banyak lagi mangsa-mangsa penipuan di luar sana yang menyesal tak sudah. Mereka yang menipu sedang bermewah-mewah manakala mereka yang melabur hidup merintih…

Skim fid lot yang dijanjikan sebenarnya tiada hitam putih. 10 ekor lembu yang dijanjikan sebenarnya tidak wujud. Masa melabur dulu tak de ke nak pergi jenguk kat mana ladang lembu tadi, proses penternakannya, penyembelihan, pasaran dan faktor-faktor lain? Ni le orang kita, senag sangat kena tipu free aje duit jadi debu-debu cinta…

Sekadar peribgatan kepada kita semua.. Nak melabur kaji le dulu…!!!