Tak puasa tak tau malu kerrr…???

image

Sudah banyak kes umat Islam di Malaysia yang ditangkap oleh agensi atau jabatan agama Islam kerana tidak berpuasa ( makan di khayalak ramai ). Setiap tahun, berita berita sebegini konfirm popular di akhbar-akhbar arus perdana. Memang amat memalukan kita sebagai umat Islam yang masih menempuh bulan Ramadan ni..

Tetapi hukuman yang mereka perolehi jika disabitkan kesalahan memang ringan. Jika dipenjarakan, mereka menjalani 3 bulan penjara dan bayar denda pun paling mahal RM3000.00

Sebenarnya hukuman itu tidak berbaloi jika dibandingkan dengan dosa yang mereka lakukan kerana  tidak berpuasa. Tetapi tidakkah kita terfikir semula, kenapa mereka tidak berpuasa? Nak kata tak mampu, syarat-syarat sah puasa mampu ditunaikan (kecuali kalau ada masalah mental).

Senang cakap sini ialah negara kita ini tiada penguatkuasaan undang-undang yang mantap bagi mendakwa mereka yang tak puasa, terutamanya yang terang-terang lagi bangang tengah makan kat kedai mamak. Undang-undang juga tidak semantap mana. Hanya penjara, denda.. Itu sahaja dan bagi pendapat aku, ia tidak cukup untuk menyedarkan mereka yang tidak berpuasa..

Satu lagi masalahnya bila kedai mamak semakin lama semakin banyak dan kebanyakannya dibuka 24 jam. Dengan lesen 24 jam itu, kedai mamak mesti ada pelanggan tetap yang biasanya makan di situ… Maka ramai le orang melayu yang tak berpuasa terang-terangan kat sana.. Di sini kita sudah nampak undang-undang syariah yang digubal oleh orang sekular memang tak boleh pakai…

Tapi siapakah aku… Aku pun bukannya peguam nak cakap lebih-lebih.. Kepada mereka yang tidak berpuasa terang-terangan tu,… sudah sudah le.. puasa tu tetap kena bayar walaupun sudah ditinggalkan 4 atau 5 tahun yang lepas… OK arr…!!!!