Selepas 20 hari berpuasa

 

image

 

Sedar tak sedar, sudah 20 hari kita berpuasa. Amat pantas masa berlalu pergi dan amat pantas jugalah Ramadan akan meninggalkan kita. Selepas menghitung, selama 20 hari kita berpuasa adakah kengkawan semua menilai semula atau membuat ‘tracking back’ amalan-amalan yang telah kita lakukan sepanjang 20 hari berpuasa?

 

Cuba check balik berapa lama anda ada yang tertinggal puasa atau sengaja tak  berpuasa? Selain itu adakah anda ada membuat perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa seperti mengumpat. mengata, tengok perkara-perkara yang bukan-bukan dan macam-macam lagi? Dan apa yang lebih penting, berapa kali anda pergi ke masjid buat sunat terawih?

 

Pendek kata, nilaikanlah semula diri sendiri tentang amalan yang anda dah buat ketika berpuasa…..