Mesti membayar kifarah jika……

image

Oleh kerana kita masih lagi berada dalam bulan Ramadan, maka molek juga kalau aku tulis pasal Ramadan aje… Tak de bab yang paling bagus di bulan yang mulia ini selain dari cerita pasal Ramadan sahaja…

Kali ini, suka aku nak membincangkan pasal kifarah puasa. Siapa yang tak tau apa itu kifarah puasa?

Dulu masa kat sekolah tidur ke ape masa ustazah mengajar arr??

Straight direct to the point. Kifarah puasa ialah denda yang dikenakan terhadap seorang lelaki Islam apabila dia dengan sengaja melakukan persetubuhan bersama isteri atau sesiapa sahaja (wanita) ketika di bulan Ramadan di SIANG HARI… Walaupun kau cakap kau dah batalkan puasa dan nak ehem ehem dengan bini kau ke…, kau tetap kena kifarah puasa.

Kifarah puasa tidak diwajibkan terhadap isteri yang disetubuhi oleh suami masing-masing, cukup dengan hanya menggantikan puasa yang ditinggalkan tadi. Dan pada pihak lelaki pula, mesti membayar kifarah puasa.

Kifarah puasa mesti dibayar dengan 1 daripada 3 cara yang berikut:-

 

1 - Memerdekakan seseorang hamba
2 - Jika tidak mampu, berpuasa dua bulan berturut-turut
3 - Jika tidak mampu, wajib memberi makanan asasi kepada 60 fakir miskin.

 

Di sini tidak dinyatakan kifarah dibayar dalam bentuk fidyah. Relevannya, kalau dah tau tu bulan puasa, takkan tak boleh pikir yang puasa menuntut kita menahan nafsu daripada bersetubuh pada sebelah siang. Nak buat pun lepas Maghrib leerrr…

Pada zaman kita ini, kifarah puasa mesti dibayar dengan salah satu cara daripada 3 cara yang telah dinyatakan. Pada zaman moden ni, kau orang mana ada hamba, so cuma boleh buat perkara kedua dan ketiga….

Jika anda tidak pasti macam mana nak membayar kifarah puasa ni, sila terus ke Pusat Zakat di negeri masing-masing untuk mengetahui cara-cara yang paling sesuai untuk membayar kifarah, kecuali kalau anda sanggup nak ganti puasa 2 bulan berturut-turut.

 

Akhir sekali pesanan aku, pesan le kat bini kau orang tu jangan le seksi sangat pada sebelah siang, kalau dah tak tahan memang abis le kau… Bayar le puasa 2 bulan…