Mari berbelanja sakan!!!

image

Aku berasakan yang raya sudah semakin dekat dan Ramadan akan berlalu pergi. Begitu cepat pula masa berlalu kan?

Malam tadi aku ada singgah sebentar ke gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan untuk digunakan ketika menyambut raya yang kian hampir. Aku lihat ramai yang membeli baju, kain tudung, baju kurung, sandal, kasut dan juga patung Doraemon. Ada juga yang just belek-belek aje.. belinya tak pula…

Bak kata orang, alah membeli, menang memakai. Tetapi aku perhatikan ramai yang membeli lebih daripada satu. Tudung dibeli sanpai 3 ke 4 jenis paten, baju kurung macam-macam ‘kaler’, kasut sampai 3 ke 4 pasang beli. Ni namanya raya sakan nih.. raya bebenor le tu…

Ajaran Islam kita berkehendakkan kita sentiasa besederhana dalam apa-apa juga, termasuk le bershopping. Membazir itu amalan syaitan. Kalau membeli, biarlah ia benar-benar berguna, bukan hanya untuk tayangan umum…

Fikirlah sendiri….!!