Gamitan Aidilfitri

Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam beberapa belas hari lagi, tetapi apa yang aku lihat di luar sana sedang sibuk sana sini sinun membuat persiapan hari raya. Maklumlah kebanyakan orang kita di Malaysia ni cakap kalaui puasa sebulan, raya pun kena le sebulan. (Walaupun puasa tak pernah pun cukup sebulan ye eleeeh….!!!!!)

 

Kalau kita pergi di mana-mana shopping complex pun, kebanyakannya sedang menjual baju raya, kasut raya, kuih raya, baucer raya dan tidak ketinggalan ialah kereta raya. Memang rambang mata nak membeli, terutamanya kuih raya (bagi orang yang malas nak buat kuih raya).

 

Lagu raya sudah pun berkumandang di shopping complex sejak 1 Ramadan lagi. Radio pula sejak 15 Ramadan yang lalu. Impak sambutan raya memang meriah betul di Malaysia jika aku bandingkan dengan negara-negara Islam yang lain.

 

Gamitan Aidilfitri semakin dekat, tetapi kita lupa yang bulan Ramadan lebih banyak fadilatnya dari bulan Syawal bulan kemenangan. Adakah kita sebenarnya sudah menang? Fikir fikirkanlah..!!!