Bila marah dengan ‘traffic jam’

image

Bulan puasa yang sedang kita lalui ini sebenarnya amat mengujakan kerana pada bulan Ramadhan inilah kita dapat meningkatkan ‘saham’ akhirat masing-masing. Tetapi ada juga yang marah-marah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Agaknya kenapa arr?

Bulan puasa yang sepatutnya kita ‘berlatih’ untuk bersabar, tetapi menjadi sebaliknya apabila kita terlibat sekali dalam kesesakan lalu lintas. Mula le mulut berkata yang bukan-bukan sampai tak sedar perkataan yang terkeluar dari mulut tu tadi.. Punya le jahat mulut tu…

Kalau di tempat tinggal saya, jalan akan mula dipenuhi dengan kenderaan sejak jam 5 petang. Oleh kerana pejabat kerajaan ada yang tutup jam 5 serta sektor perkilangan juga pada waktu yang sama, maka terjadilah pertembungan dua ‘budaya’ pekerjaan di atas sebatang jalan raya. Swasta dan kerajaan mula bergegas mahu pulang ke rumah. Ada yang terus bergegas ke bazar Ramadhan emembeli juadah berbuka.

Tetapi bila kita terbabit di dalam kesesakan jalan raya, maka hati kita mula le nak memberontak yag bukan-bukan, sehingga boleh menyebabkan pahala kurang 80%, ataupun terbatal terus hanya kerana traffic jam.

Apa yang boleh saya nasihatkan di sini, kita hanya mampu bersabar. Keluar dari tempat kerja jam 5, sampai rumah dah ngam ngam nak masuk waktu berbuka…Kalau yang singgah bazar Ramadhan tadi, alamatnya berbukalah kita di dalam  kereta!

 

Dan akhir sekali, banyak banyakkan bersabar