Bazar Ramadan yang membosankan

image

Semakin hari, semakin bosan pula nak beli apa-apa pun kat Bazar Ramadan. Kalau di sekitar tempat aku tinggal ni, boleh tahan juga bazar Ramadannya. Ada di Taman Cendana, Taman Scientex, Kampung Kopok, Kampung Pasir Puteh dan yang paling hot bazarnya ialah di Taman Air Biru. Itu baru di Pasir Gudang. Belum lagi cerita kat bazar tempat lain.

 

Cuma aku kesian le dengan beberapa gerai yang kurang pengunjung. Sebab mungkin kerana penjualnya yang tak lawa atau tak hensem, maka kuih-kuih yang dijual juga agak nampak tak hensem…

Faktor harga boleh diambil kira. Kalau harga air minuman di sini masih dijual RM1, cuma airnya tak banyak pun, sebab dah siap dibungkus dalam plastik. Diletak melintang nampak macam banyak.. tetapi bila ditegakkan plastiknya baru nampak sebenarnya airnya setengah dari plastik tadi.. hampeh le…

Nasi beriani, nasi dagang atau nasi kerabu, paling mahal ialah RM5… Belum cerita lagi pasal sup kambing ke… murtabak ke.. kalau tahun lepas paling mahal pun murtabak dijual RM3.00. Tahun ni dah naik 50 sen.. Ada juga yang naik satu hinggit.

 

Biasanya aku tak beli banyak mana pun … beli kuih aje… tapi elakkan membeli air.. Takut ada yang tak jujur, menjual air tapi menggunakan air tak masak..!!! Sejak ada kes budak 11 tahun mati kena taun selepas membeli makanan kat bazar, aku dah mula bosan nak membeli kat bazar… rasanya nak makan kat hotel je lagi bagus, paling kurangkan pun satu kepala kena bayar RM25 sekali buffet. Lagi mahal…

 

Apa pun beringat-ingat le… berbuka puasa sahaja takkan nak perabih duit sampai berbelas-belas ringgit.. Ingat-ingat le sendiri..