Aku tak tahan nak hisap rokok….!!!!

image

Bagi sesetengah manusia di muka bumi Malaysia ni, terutamanya bagi mereka yang kuat merokok, bulan puasa ni adalah ‘bulan penderitaan’ bagi mereka. Entah hape hape le diaorang ni kan? Bulan puasa adalah bulan derita?

 

Kenapa orang yang kuat merokok ni cakap macam tu? Derita sangatkah kalau tidak merokok selama 12jam sehari? Penangan rokok bagi penghisapnya memang dahsyat. Merokok  merupakan satu ketagihan dan apabila asap rokok telah diserap oleh peparu hitam pekat tu, dengan otomatisnya rokok yang mempunyai zat ‘nikotin’ tadi telah menjalar ke segenap urat saraf si perokok dan signal daripada otak pula memberitahu si perokok yang mereka harus merokok.

 

Sebenarnya di bulan Ramadhan ni, inilah peluang untuk mereka try in error, berhenti daripada merokok yang bukan sahaja boleh memendekkan umur, tetapi juga mudah mendapatkan penyakit kronik seperti barah paru paru. Tetapi mereka masih gagal kerana selepas berbuka puasa, mereka terus menyambung dengan merokok. Ada juga yang dah tak tahan sangat, terus berbuka dengan asap nikotin yang best sangat le tu….

 

Moral of story… Kalau tak cuba nak berhenti, mana nak tau!!!!