3 hari sebelum hari raya

Malam tadi nih, sempat juga saya ‘melawat’ sebentar shopping complex terdekat dan tersohor di Pasir Gudang ni.. kat mana lagi kalau tak Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang. Kat sana ada kedai-kedai kecil, ekspo membeli belah dan yang paling penting ialah UO.(Untungnyaaa Orang Ramai).

Aku ke sana pun bukan sebab apa, menemankan member yang sorang nih ( Hussin namanya) nak beli kain sampin (ke samping…?).

 

Aku ingatkan dah ramai orang menuju balik kampung ni, makin kurang le orang.. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Ramai sangat orang yang bershopping last minutes nih… Mungkin sebab dah gaji atau masa ni aje yang terluang, maka berpusu-pusu orang membeli dan membelah di sini…

Kesesakan yang paling teruk ialah di UO tu… sebab banyak offer baju-baju berjenama diturunkan pada harga yang terendah dan mampu milik. Aku nak promote lebih-lebih UO tu pun malas le… sebab tak semua tempat ada UO kan?

 

Apa yang aku perhatikan, hampir semua orang yang membeli belah kat sini, hmm macam macam beli le… Baju confirm ada 2 ke 3 pasang, kain samping, baju kurung siap dengan songkok!. Kalau yang perempuannya, sandalnya sampai 3 pasang.

Berapa jumpah perbelanjaan untuk menyambut raya tu… WOUWWWWWW!!!!!!!

Confirm ada 2 ke atau 3 ratus ke atas.. Belum dicampurkan lagi dengan belanja anak-anak tu…

 

Apa pun, nasihat aku.. berpada-pada le kalau nak membeli. Datang kat sini memang rambang mata… tetapi belilah yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Paling penting ialah beli barangan yang menjimatkan dan BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA….. ha  ha ha ha ha ha ha ha wah ka ka ka ka ka …

3 hari sebelum hari raya di Pasir Gudang dah macam gini… Besok malam aku macam nak pergi ke Parit Raja pula..nak tengok 2 malam sebelum raya pulak di sana…