Perkahwinan RM12 Juta

image

Seronok betul le artis-artis kita sekarang. Bila nak kawin je mesti ada yang menaja… Siap nak buat majlis Grand lagi. Macam gambar yang kat atas tu… Norman Hakim dan pasangannya Memey Suhaiza dah dapa penaja untuk majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada bulan September, selepas Hari Raya.

Penaja perkahwinan mereka ialah pembuat barang-barang kemas Rafflesia. Selain Rafflesia, turut menaja ialah Lords Tailor, Snips, Angsana Spa, Crown Plaza, Naz(pereka pelamin dan dewan) dan Prof. Datuk Jimmy Choo.

"Memey akan memakai sebanyak dua persalinan baju dan antara tajaan yang diterima ialah, set barangan kemas yang bernilai RM5.6 juta, gaun bertatahkan mutiara Rafflesia bernilai RM1 juta dan kasut rekaan Jimmy Choo (RM600 ribu).

Wou…. Grand sangat le tu.. Tapi saya tak mau komen ape-ape tentang perkahwinan grand ni… tetapi sendir mau ingat le.. biarlah perkahwinan Norman kali ini tiada masalah sebelum perkahwinan beliau yang terdahulu.