Pakai aje kereta buruk…

image

Harian Metro ada menyiarkan berita bahawa sekumpulan penduduk di sebuah taman perumahan di Petaling Jaya amat bimbang dengan kejadian pecah kereta. Kejadian semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Di rumah flat atau di apartment, untuk melihat kenderaan kita yang selalu berada di bawah memang amat mustahil. Sebab kereta yang diletakkan amat jauh sekali dari pandangan mata kita.

 

Oleh itu, apa yang boleh dibuat oleh penduduk kawasan perumahan tadi.. Diaornag dah siap panggil Harian Metro lagi bagi menghebahkan masalah mereka kepada pihak keselamatan atau pun wakil rakyat setempat. Laporan polis juga sudah banyak kali dibuat tetapi kejadian pecah kereta tetap berlaku. Antara faktor kenapa pecah kereta sering berlaku….

1.) Pasang aksesori kereta yang bukan-bukan kat dalam kereta. Contohnya pasang DVD screen kat dalam kereta kancil, confirm mesti kena..

2.) Tertinggal wallet, handbag, laptop atau pun apa juga benda yang berharga, yang boleh menjadi tumpuan si pencuri.

3.) Kereta lupa nak dikunci… Lepas kecurian, ada juga pencuri yang sengaja memecahkan kereta.

 

Untuk permasalahan seperti ini, yang lebih penting kerjasama penduduk setempat dalam mengatasi masalah jenayah pecah kereta ni… Semua yang duduk kat apartment diseru mewujudkan rukun tertangga dan bergerak bersama-sama bagi mengawasi dan memantau setiap jalan atau di tempat parking.

Kalau susah sangat, bagi kereta yang selalu dipecahkan, nasihat kawan kawan lama, belilah kereta buruk.

Yang penting ialah kesedaran kita untuk bekerjasama dengan masyarakat sekeliling. Bukan hanya bertegur sapa masa sebelah pagi atau sebelah malam sahaja ( masa pergi kerja dengan balik kerja)