Kenapa anda mahu membuat blog?

Semakin banyak blog yang tumbuh bagaikan cendawan sekarang ni… Macam zaman aku muda-muda dulu, sebelum blog, antara medium penulisan yang terkenal adalah website percuma. Macam tripod.com, geocities dan macam-macam lagi le.. Saya masih ingat lagi ketika pelancaran Geocities dahulu, macam-macam website personal yang muncul untuk mengglamourkan tuan punya web. Tetapi selepas itu web pun mati kerana lama tak update, lepas tu Geocities pun tutup. Saya pun agak kecewa pada masa itu kerana Geocities ditutup.

Apa yang saya nak bincangkan kat sini ialah bukan pasal blog yang tumbuh macam cendawan tadi, tetapi ilah tujuan anda semua, kenapa anda mahukan blog anda wujud.

 

Antara alasan atau jawapan koresponden:

1) Saje je.. kawan-kawan ada blog, saya apa salahnya?

2.) Nak cari kenalan baru melalui blog.

3.) Nak mengglamourkan diri, ramai yang dah popular kerana blog bro…

4.) Nak mencari wang!

5.)Nak kutuk parti politik tertentu…

6.) Buat blog untuk bergossip

7.) Blog scam.. saje nak dengki si polan dan si polan.

8.) Berkhidmat untuk masyarakat, memberikan informasi berguna

9.) Meluahkan perasaan melalui blog…

10.) Nak buat duit melalui perniagaan

11.) Nak duit dari Nuffnang

12.) Nak cerita pasal boyfriend tersayang…

 

Sebenarnya saya malas nak tulis panjang lebar. Apa sahaja alasan anda, diharapkan dengan alasan yang ber’munasabah’ maka harap blog anda dah pun mencapai apa sahaja target dan apa sahaja hajat anda. Tetapi kalau buat blog sampai kena saman, atau ditangkap, harap-harap anda paham-paham sendiri le…

Bukan senang dan sebarang je nak jadi blogger ni..

Apa-apa pun, adakah alasan-alasan yang saya tulis di atas dapat diterima?