Isu menghina Raja dan pemimpin melalui Facebook. Tak abis-abis?

Semalam 1 Malaysia telah dikejutkan dengan berita yang kurang enak didengar dan dibaca di mana-mana blog ataupun di web akhbar. Seorang melayu yang bernama Mohd Farizal yang kononnya adalah pelajar Universiti Malaysia Terengganu telah mengubah lirik lagu Negaraku dengan menghina Raja dan PM sekali dengan lengkap pakejnya. Satu laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan UMT sendiri untuk menyiasat sama ada Mohd Farizal ini adalah orang yang tulen dan tuan punya Facebook, ataupun orang yang menyamar dan dengan sengaja menghina Raja-Raja Melayu.

Laporan polis sudah pun dilakukan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan orang yang bertanggungjawab ini.

image

Walaupun tak suka pada raja pun tak perlulah sampai buat posting yang bukan-bukan kat facebook seperti di atas. Kenapa negara kita ni ada raja, itu kena kaji semula sejarah dan sistem perlembagaan Malaysia. Kebanyakan budak-budak muda yang berdarah panas ni, aku terus terang cakaplah.. Memang buta sejarah! dan bangang perlembagaan.Mana-mana negara yang kau duduk pun, tentu ada sistem berpelembagaannya sendiri. Katakan kau duduk kat London , kau cubalah hina Putera Charles ke, atau pun Ratu dia.. Hmm confirm siang-siang dah disumbat ke dalam sel polis. Ni kan pulak Malaysia.

 

Contoh lagi senang, kalau kau duduk kat China lepas tu kau mengutuk presiden dia, confirm kepala kau kena chop dengan mak bapak polis dia… Siang-siang dah kena hukum tembak.

 

Mungkin Mohd Farizal ini tak takut kerana dia menyamar, tetapi tengoklah apa akibat yang dia dapat nanti…!!