Bangsa yang hidup seperti zaman Jahiliyah

image

Macam panas je tajuk di atas, tetapi jangan bimbang. Ini bukannya saya nak cerita pasal Perhimpunan Haram yang berlaku baru-baru ini sambil nak kutuk diaorang. Kutuk-mengutuk pun tak dapat ape… Mereka tetap tidak berubah.

Post kali ini ialah tentang satu bangsa yang masih hidup seperti zaman Jahiliyah. Zaman Jahiliyah ialah zaman di mana sebelum datangnya agama Islam di kota Mekah. Kau orang mesti ada belajar bagaimana rupa dan tingkah laku orang yang hidup di zaman Jahiliyah tadi.

 

Antaranya ialah membunuh anak perempuan!!

 

Di Uttar Pradesh, India,  ibubapa lebih gemar punyai anak lelaki berbanding wanita. Mungkin lelaki dilihat sebagai aset yang boleh membantu kesusahan keluarga menyebabkan anak perempuan tidak menjadi pilihan.


Walaupun amalan menggugurkan janin adalah salah di sisi undang-undang India, namun ia telah menjadi amalan biasa sehinggakan kini hanya terdapat 899 wanita bagi setiap 1000 orang lelaki.
Ratio wanita lelaki semakin tahun semakin bertambah dan amat merisaukan. Lantaran itu ulama telah memfatwakan haram terhadap amalan tersebut dan menggesa umat Islam diIndia berhenti dari melakukannya.


Orang ramai akan menggugurkan janin mereka apabila mendapat tahu atau mengenal pasti bahawa jantina bayi yang bakal lahir adalah perempuan.
Nampaknya amalan jahiliah membunuh anak perempuan mula menjelma tetapi dalam bentuk yang lebih maju, bunuh dari ketika anak masih janin dalam rahim. Peliknya kenapa orang yang beragama ISLAM melakukan perkara yang sedemikina di Uttar Pradesh? Mazhab apa diaorang ni?