Antara penulisan blog yang membosankan

image

 

 

 

Salam semua, salam 1 Malaysia dan Salam kepada semua blogger dan peminat-peminat di luar sana. Alhamdulillah bertemu kita kembali pada post saya yang terkini.

Post kali ini saya nak menceceh sikit pasal penulisan-penulisan blog yang amat-amat membosankan saya untuk dibaca. Saya ni sekali sekala suka membaca blog lain, sebab sendiri punya blog kadang-kadang malas nak update sangat.

 

Apa yang saya perhatikan, banyak blog-blog personal yang menulis cerita-cerita yang sama sahaja.. Antara penulisan yang bagi saya memang membosankan ialah..

 

1.) Ada satu blog ni tiap-tiap hari bercerita tentang shopping, shopping, shopping… cerita hari ni dia beli ape, besoknya dia beli beg, lusa beli beg color lain, tulat cerita pasal beli kasut….

2.) Cerita pasal apa dia buat dengan boyfriend dia atau dengan girlfriend dia tiap-tiap hari.. Tak pun bercerita tentang boyfriend dia aje…. Macho le.. hensem le… berdedikasi le.. suka makan itu ini yang menyebabkan saya argghh bosannya…

3.)Cerita pasal pets.. Tiaptiap penulisan dia cerita pasal kucing dia buat ape tiap-tiap hari…

4.) Cerita pasal apa yang dia makan tiap-tiap hari..

 

Pendekkan cerita, perkara yang adna lakukan tiap-tiap hari dengan benda yang sama sahaja akan membuatkan saya jemu ke blog-blog seperti ini… Penulisan yang membosankan ini, biasanya trafik untuk pergi ke blog ni takkan ‘kencang’ kerana susah nak crawl oleh mana-mana enjin pencari. So carilah idea yang lain jika anda mahu trafik yang lebih baik..