Alasan memasuki parti politik

image image

 

image image

 

Anda suka berpolitik? Malaysia adalah negara yang paling aktif berpolitik di dunia kerana orang-orangnya memang suka berpolitik sana sini tanpa nak fikir untuk memajukan bangsa sendiri. Hanya tau nak berucap, menceceh sana sini, mencipta skandal dan suka menjatuhkan antara satu sama lain. Itulah hakikat yang saya lihat sebagai pengundi atas pagar. All nonsense and bullshit!!!!

 

Saya tertarik membaca sebuah artikel antara sebab kenapa orang kita suka memasuki politik dan ianya adalah bersebab:-

 

 

1. Rosli sangat anti UMNO kerana beliau telah beratus kali memohon jawatan dengan kerajaan tetapi tak pernah berjaya.

2. Aminah menolak untuk menyokong PAS kerana bapa kepada bekas teman lelaki beliau adalah orang kuat PAS dan menolak untuk mengambil dia sebagai menantu.

3. Salman menyertai UMNO dan menjadi orang kuat UMNO kerana ingin mendapatkan projek-projek membuat jalan di kampung dia.

4. Halimah benci kepada PAS kerana Ketua cawangan PAS ditempat dia dilihat selalu bermain judi tikam ekor.

5. Saidin menyertai PKR kerana beliau telah dilucutkan jawatan sebagai ketua pemuda UMNO diperingkat cawangan.

6. Sulaiman menyertai DAP kerana anti dengan jiran-jiran Melayu yang memprotes beliau membina tambahan rumah yang dikatakan menghalang lalu lalang.

7. Adli keluar dari UMNO dan menyertai PKR kerana ditawarkan sejumlah wang bagi mengendalikan sebuah blog propaganda politik.

8. Subramaniam keluar dari MIC dan menyertai DAP kerana bos tempat kerja beliau orang kuat MIC selalu menindas dalam soal kerja.

9. Sudin benci PAS lalu menyertai UMNO kerana tingkahlaku seorang pemuda PAS yang selalu letak kereta depan rumah beliau hingga halang lalu lintas.

10. Kadir keluar UMNO lalu menyertai PAS kerana permohonan beliau untuk mendapatkan lot gerai telah ditolak oleh PBT

11. Salina menyertai UMNO dan berjuang secara agresif didalam Puteri UMNO kerana pernah dicabul oleh seorang AJK PAS dalam kampungnya.

12. Ghazali menyertai PAS sejak usia muda kerana sangat berminat dengan cara Mat Sabu berceramah.

13. Latiff menyertai PKR setelah kalah bertanding dalam jawatankuasa UMNO bahagian.

Sekadar beberapa contoh klasik ....

Dasar dan perjuangan parti adalah alasan umum yang digunakan oleh kebanyakan kes yang saya sebutkan diatas.... pada hakikatnya mereka mempunyai alasan klasik mengapa mereka memihak .

Anda bagaimana ? Mengapa anda memihak kepada sesuatu parti. Cuba anda halusi sejarah dan pengalaman hidup anda.

Anda mungkin ada sebab tertentu menyebabkan anda memihak kepada sesuatu parti ?