Aku Pelangi!!!

image

Sekali sekala nak juga buat ulasan tentang lagu. Kalau nak buat ulasan bola saya memang tak reti, lagi pulak balik-balik ulasan blog orang lain, ada yang tak suka. Untuk lagu pada malam ni, kita cuba hayati lagu aku pelangi nyanyian Joanna & Co. Mungkin ramai yang tak berapa kenal sangat pun Joanna & Co ni sebab maklum aje le kan, band baru biasanya memang ambik masa nak naik. Tapi vokalis utamanya Joanna, kalau anda perasan, dia berduet denga Aliff Aziz dalam lagu ‘Kalau Cinta’

 

Lirik Lagu Aku Pelangi dalam tempo perlahan tetapi rancak.

 

Ku selalu di hati
membuai rayumu
hiasi dunia sepimu
seukir senyuman dariku
menggegar mayamu
kau segalanya bagiku


Takkan setia takkan kembali
bawa dirimu dan tinggalkan ku

 

<CHORUS>
ke matamu lihatlah diriku
aku pelangi yang dinanti


Ku sinar cahayamu
disaat indahmu juga waktu resahmu
ku lukisan imaginmu
kini kau membisu setelah ku tiada


Takkan setia takkan kembali
bawa dirimu dan tinggalkanku

 

<CHORUS>
ke matamu lihatlah diriku
aku pelangi yang dinanti

 

<2nd MELODIC CHORUS>
Berharap bayangku pulang
nikmati tiada ku
ohh ooo...


Ke matamu lihat diriku
aku pelangi yang dinanti


buka matamu
lihat diriku
aku pelangi...

 

Lagu ni kalau diikutkan ia berentak moderate pop. Bagi aku le… rancak pun tak le berapa sangat..

Vokalisnya Joanna bukanlah seorang penyanyi yang boleh menyanyi key tinggi. Cuba dengar betul betul pada lirik “aku pelangi yang dinanti” tu.. Suara dia macam ter’nyaring’ sedikit pada perkataan Pelangi tadi…

Saya suka pada solo gitarnya yang agak kemas riff dia. Memang hebat susunan skor muzik lagu ni…

 

Lirik lagu.. Biasa le lagu ni macam jiwang tapi tak de jiwang sangat. Menceritakan yang diri dia pelangi yang indah kononnya, tetapi dia akan bersinar sementara sahaja dalam hidup kita, tetapi selepas itu pelangi pun akan hilang. Betul tak statement aku ni..? Kalau tak betul takkan lagu dia ada chorus :

 

Takkan setia takkan kembali
bawa dirimu dan tinggalkanku

 

Itu adalah definisi pada pendapat aku sahaja. Pendapat yang lain macam mana? Walau bagaimana pun, vokalis Joanna memang sesuai bawa lagu ni, lagipun lagu ni sendiri tulis, sendiri pujn nyanyi le….!!!