Ulasan gajet : ACER LiquidMini

image

Untuk kebanyakan SmartPhone di Malaysia, mungkin jenama Acer mungkin tidak sepopular brandname yang lain macam NOKIA ataupun SONY ERICSONS, tetapi jangan pandang sebelah mata kepada ACER. Selama ini yang kita tahu ACER hanya buat Notebook atau PC sahaja. Sebenarnya ACER sudah maju ke hadapan dengan memasuki segmen SmartPhone.

 

image

 

 

ACER LiquidMini bukannya lama sangat dan tidak juga baru sangat berada di pasaran Malaysia. Diperkenalkan dalam bentuk mini, ACER LiquidMini agak nipis, ketebalannya hanya 1.3cm sahaja dan ia agak ringan. Panjang Smartphone ni lebih kurang 11cm.

 

Secara luarannya, terutamanya casing ACER LiquidMini lebih kurang sama sahaja dengan ACER Liquid Metal. Bentuk dia memang seakan-akan sama dengan ACER Liquid Metal, tetapi dengan ACER Liquid Mini, ia adalah lebih pendek sedikit, sesuai untuk perempuan atau pun gadis yang bertangan kecil. ACER Liquid Mini di datangkan khas dengan 5 pilihan warna yang berbeza, dan saya lihat kalau untuk gadis, lebih sesuai kalau si dia memilih warna hijau muda atau pun violet cair.

image image

Dari segi spesifikasi, ACER mendakwa yang model ini menggunakan 3.2-inch capacitive TFT touchscreen dengan resolusi 320 x 480 pixels. Satu permasalahan kepada Smartphone touchscreen ni, bila kena matahari ia agak sukar dilihat apa yang ada pada screen tadi. Oleh itu, janganlah anda memandai-mandai gunakan ACER Liquid Mini kat tempat panas.

 

Pada sebelah kiri handphone ni, tiada apa-apa butang pun dan anda selesa dengannya kerana tidak perlu risau jika tertekan butang,sebab sebelah kiri memang tidak diletakkan butang. Tetapi untuk sebelah kanannya, ada butang volume dan kunci shutter untuk penggunaan kamera. Nak tangkap gambar pun senang, hanya perlu gunakan sebelah jari aje..  Sebab butang-butangnya senang ditekan.

 

Lens kamera macam biasa, diletakkan di sebelah belakang. Di bahagian bawah ialah speaker . Malangnya macam smartphone ACER yang lain, speakernya bagi saya agak kurang menonjol bunyinya.. Tak sedap nak dengar!!

 

image

 

 

image

Smartphone ni guna sistem pelayan Android 2.2 dan macam smartphone yang lain, ACER mereka Liquid Mini dengan sistem WIFI, Bluetooth, 3G dan GPS.

 

Spesifikasi asas Liquid Mini adalah seperti di bawah:-

Acer Liquid Mini Specs :

  • Acer UI
  • Acer clear.fi
  • DLNA Certified Liquid Mini
  • FM Radio
  • Google maps : The built-in Assisted GPS technology return results very quickly
  • Camera : 5 megapixel sensor
  • mini in size, maxi possibilities
  • 3.2″ capacitive multitouch
  • Available in 5 stylish colors
  • wi-fi, 3G and Bluetooth connectivity
  • Extra long battery life
  • SocialJogger application
  • Ringer profil and Music controls