TV AlHijrah kini di saluran Astro

image

TV AlHijrah yang memulakan siarannya pada bulan November yang lalu kini boleh diikuti di saluran Astro 114. Kerjasama di antara TV AlHijrah dan Astro membolehkan siaran ini boleh diikuti oleh pelanggan-pelanggan Astro yang sedia ada, dan juga bakal pelanggan, selain daripada menggunakan Ariel TV biasa.

 

Sebenarnya bukan semua kawasan di Malaysia ini yang boleh mengikuti siaran TV AlHijrah menggunakan ariel TV yang biasa. Justeru dengan kolaborasi dengan Astro, maka TV AlHijrah akan dapat diikuti dan meningkatkan jumlah penonton yang menonton siaran TV baru ini. Maka bertambah satu lagi stesen TV yang menyiarkan rancangan-rancangan yang berbentuk Islamic, selain daripada Astro Oasis (106).

 

Denagn wujudnya siaran sebegini, maka ini sebenarnya boleh menjadi satu persaingan di antara stesen tv yang lain bagi menyiarkan siaran yang lebih berbentuk Islamic dan bukan hanya pada hiburan duniawi semata-mata. Diharapkan TV Alhijrah akan terus maju ke hadapan.