Rugi kerana DapatWang.Com

image

Pada tahun lepas, saya ada membuat posting berkenaan dengan DapatWang.Com yang kononnya boleh menjana pendapatan sampingan dengan mempromosi link dan mengharapkan ada visitor yang akan mengklik pada link yang dipromosi tadi. Apa yang telah terjadi dengan website ini selepas beroperasi selama 2 tahun tersebut?

 

Ramai yang marah-marah kerana tidak menerima komisen yang sepatutnya mereka terima, siap kena reset lagi jumlah wang. Ada yang meluahkan perasaan tidak puas hati di laman sembang atau pun di mana-mana forum yang berdiskusi mengenai pendapatan di internet.

 

Satu yang saya pelik dengan sikap orang melayu ni, mereka lupa untuk belajar dari kesilapan. Dulu kecoh pasal ABB Fund, DanaFuture atau Dana entah hape-hape lagi yang kononnya mahu membantu orang melayu, tetapi akhirnya sama-sama terlingkup akibat website yang ditutup, dan wang ‘lebur; begitu sahaja.

 

Jadi saya nasihatkan kepada para pelabur, khasnya pada sesiapa yang masih muda belia ni, belajarlah dahulu cara untuk melabur di tempat yang sah sahaja, bukannya melabur di tempat yang bukan-bukan. Nanti menyesal tak ada guna…