Rozita Che Wan pantang langkah longkang…

image

Apa benda le dia ni…? Tak pernah pula ada orang yang berpantang melangkah longkang macam Rozita Che Wan.. Bacalah artikel yang saya edit sedikit di bawah ni… Percaya atau tidak?

 

“Saya memang pantang langkah longkang melainkan jika terpaksa. Selain dari itu, saya juga tidak lalu di bawah ampaian, Bila mandi, air pertama perlu diselawatkan dulu,” itulah pengakuan Rozita Che Wan apabila ditanya jika dia ada mengamalkan sesuatu untuk kekal cantik.

Tetapi, Rozita menambah, jangan salah faham. Amalan tersebut bukan berkaitan dengan penggunaan susuk seperti yang diceritakan orang lain sebelum ini. Tetapi ianya lebih kepada amalan harian yang diamalkan orang tua saya.

“Saya masih waras lagi. Masih dapat fikirkan akibat jika memakai susuk. Sekarang pun, dengan tidak memakai susuk, rezeki saya masih ada” tambahnya yang telah membintangi lima buah filem.

Lojiknya sebagai contoh, longkang penuh dengan segala kekotoran. Jadi memang tidak elok kita melangkah benda-benda kotor. Selain dari itu, ada juga amalan untuk menjaga kecantikan seperti memakan daun emunidan bunga mawar selama 40 hari,” jelasnya.

Signifikannya, mungkin dengan segala amalan dan pantang diamalkan, Rozita, walaupun umur sudah menjangkau 35 tahun serta mempunyai dua cahaya mata, kejelitaannya masih terpelihara.

Bagi duta jenama barangan Rorine dan gedung pakaian Jakell ini, boleh dikatakan semua aspek kehidupannya sudah cukup sempurna namun ruang hatinya masih belum terisi walaupun sudah lima tahun hidup keseorangan. Bila diminta memberi komen mengenai hal itu, Rozita hanya berkata, “saya belum ada sesiapa yang istimewa.”


Artikel ni sebenarnya panjang lagi.. tapi dah le.. hmm bahaya melangkah longkang err.. Semua rumah pun ada longkang.. walaupun bawah tanah. Apa le?