Penyokong bolasepak di Malaysia masih tidak profesional.

 

image

Tahniah kepada pasukan Terengganu kerana akhirnya menjuarai Piala F.A pada malam tadi, walaupun saya tidak menjangkakan yang pasukan Terengganu F.A akan menang membawa piala pada malam tadi. Kesungguhan mereka untuk mendapatkan 1 gol pada minit-minit terakhir perlawanan memang mengagumkan diri saya sendiri yang hanya menonton perlawanan Terengganu F.A dan Kelantan F.A di rumah.

Walaupun kita lihat malam tadi permainan begitu profesional (pada diri pemain), tetapi tidak pada penyokong bolasepak yang menyaksikan perlawanan pada malam tadi.

Permainan terhenti selama 5 minit pada minit yang ke 56 kerana terdapat balingan objek berapi (mungkin mercun) ke arah pintu gol Terengganu. Sebelum itu, bagi anda yang menonton bola malam tadi di TV, anda akan perasan yang pancaran laser ada ditujukan khas kepada mata pemain, yang paling banyak kena ialah mata si Sarbini penjaga gol Terengganu.

Dulu kita kutuk penyokong-penyokong bolasepak Indonesia kerana pancaran laser, tapi nampaknya orang kita yang lebih. Macam mana tu?

Harap selepas ini kawalan keselamatan perlu diketatkan lagi. Tangkap mana-mana penyokong yang membawa bahan terlarang seperti bunga api dan mercun daripada dibawa masuk ke stadium. Juga alat pancaran laser tu…