Penjenayah bertukar menjadi kucing di Johor Bahru?

image

Di Taman Ungku Tun Aminah, di Skudai baru-baru ini kecoh dengan dakwaan penjenayah menjelma menjadi seekor kucing untuk melakukan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan tersebut. Kononnya penjenayah terbabit bertukar menjadi seekor kucing sebelum malam Jumaat.

 

Dan akibat taksub dan percaya pada berita yang entah betul entah tidak tu.. beberapa penduduk bertindak menangkap kucing-kucing yang tidak bersalah, di serahkan kepada polis. Siap masuk lokap lagi kucing tu.. tak tau pula kalau polis pergi  menyoal siasat kucing tadi.. Peliknya tak ada apa yang berlaku dan seterusnya kucing yang ditangkap dilepaskan sahaja.

 

Ada juga manusia-manusia yang sengal di taman perumahan tersebut, akibat percaya pada cerita yang cukup bangang itu, membelasah seekor kucing milik seorang mekanik. Kononnya apabila kucing itu disuluh, matanya merah dan atas alasan itu, kucing itu dibelasah oleh 18 orang manusia bebal.

 

Tahu tak hukum menyiksa binatang?