Menjadi IM berjaya..!

image

Internet Marketer (penjual melalui internet) sebenarnya bukan sesuatu yang asing dan bukan juga sesuatu yang baru di Malaysia ni. Nama-nama seperti Irfan Khairi, Ammar Zahar, Zamri Nayan dan beberapa lagi IM di Malaysia memang agak dikenali dalam dunia perniagaan internet. Sebenarnya mereka juga ada blog sendiri, tetapi mereka bukanlah seorang penulis blog yang handal.

 

Mereka pun sebenarnya tiada masa dengan blog-blog mereka pun. Macam Irfan Khairi, adakah dia ni sentiasa ada masa nak update blog dia? Aku rasa dia pun mana ada masa… Habis tu macam mana dia meng”update” blog? Agaknya dia upah orang untuk memperkemaskan blog atau website yang mengunjurkan pada perniagaan. Disebabkan Irfan Khairi dah lama dalam bidang perniagaan internet, maka dia tidak perlu nak memasang Nuffnang, Adverlets dan yang seangkatan dengannya kerana beliau sudah ada nama.

 

Sebenarnya selain menulis blog, kita juga berpeluang untuk meneroka ke dalam bidang perniagaan melalui blog masing-masing. Tapi bukanlah dengan hanya memasang atau mengharapkan duit Adverlets tak pun Mangaads, tetapi kita semua sebenarnya boleh mendapatkan pendapatan tambahan dengan menjual apa sahaja produk hasil dari kerja tangan anda sendiri melalui blog. IM yang berjaya bukan hanya tahu menjual, tapi IM yang berjaya harus tahu dan peka produk apa yang hot di pasaran Malaysia sekarang ni.. Macam IPad 2 ke..? IPod ke… dan apa-apa juga.

 

Baiklah.. Apa idea selepas artikel ini. Apa yang anda rasa mau jual kat blog…? Jangan jual diri sudah lee…