Jom kita main “The Sims Medieval” (sedikit review)

image

Siapa-siapa yang pernah bermain dengan permainan Sims 1, Sims 2, Sims 3 atau pun apa-apa yang berkaitan dengan Sims ni (macam Sims Pets, Sims Education dan tidak lupa juga Simcity), mungkin kengkawan semua boleh mencuba bermain dengan Sims Medieval pulak. Kalau dah tak ada idea nak menulis apa-apa pun di blog, anda boleh mencuba permainan ini.

Sims Medieval adalah lanjutan daripada siri Sims yang sebelumnya iaitu Sims Medieval Limited Edition untuk platform Windows atau Macintosh. Bermakna games ini tidak boleh dimainkan di playstation Sony. Jangan mimpilah!

 

Seperti siri Sims yang sebelumnya, sir Sims Medieval ni mengajak anda untuk mengembara ke zaman pertengahan Eropah di mana di zaman itu, sistem feudal masih digunakan sebagai asas tamadun manusia di sana. Apa yang menarik pada Sims Medieval kali ini?

 

1.) Pemain perlu membina negaranya untuk membangun. Kena ada Raja, ada permaisuri, ada putera, ada rakyat, ahli sihir dan macam-macam lagi watak yang ada. Setiap watak ini ada ‘quest’ atau tugasnya yang tersendiri, terpulang pada pemain.

 

2.) Pemain boleh memenangi permainan dengan cara ‘mencapai klmaks’ iaitu apa yang hendak dicapai oleh negara tersebut. (Kingdom Ambition). Contohnya "Best In Show", "Busy Builder", "Efficient Expander", "Fame", "Filled Coffers", "Hard Workers", "Imperial Domination", "Legendary", "No Quest For The Weary", "Safe And Sound", "Thoughts And Prayers", and "Wealthy Populace". (Maaf saya malas nak translate)

 

3.) Karakter, pemandangan grafik dan serta jalan cerita ada sedikit kekurangan, tetapi games ini boleh dimainkan pada versi PC yang beroperasi dalam keadaan processor yang minimum. Lagi minimum, konfirm games ni makin lembap untuk dimainkan.

image image

image image

 

4.) Pemain boleh mengawal beberapa watak yang ada dalam permainan ini yang berkebolehan dalam kemahiran masing-masing bagi membina negara anda. Contohnya ahli sihir, tukang besi, pahlawan, pedagang dan paling penting pengintip (spy). Kalau mengawal spy, anda boleh suruh spy tu mengintip untuk membunuh atau pun menculik.

 

Games ini amat lembap kadang-kadang jika memori komputer anda amat rendah atau grafik yang tidak kuat. Di bawah adalah sistem asas yang perlu sebelum anda bercadang untuk memasang di PC. Anda akan kecewa sedikit kerana grafik permainan Sims ini lebih kurang sama sahaja dengan siri Sims yang lain tetapi dari segi jalan cerita memang nampak lain, sebab anda bermain di zaman pertengahan.

 

System requirements

Windows
  • Windows XP or later
  • 2.0 GHz Intel or AMD Processor (2.4 GHz Vista or later)
  • 1 GB of RAM (1.5GB Vista or later)
  • DirectX 9.0 graphics card with 256 MB
  • 5.3 GB of free space
  • Sound card with speakers or headphones
  • Internet Connection
  • Input – Keyboard & mouse
Mac OS X
  • Mac OS X v10.5.8 or later
  • Intel processor
  • 2 GB of RAM
  • GeForce 8 or ATI X1600 or higher
  • 5.3 GB of free space
  • Sound card with speakers or headphones
  • Internet Connection
  • Input – Keyboard & mouse

Kalau rasa-rasanya PC anda mencapai KPI seperti di atas, jom le main…