Jagalah Follower Anda…!!

Kebanyakan tips-tips blog yang saya baca, yang ditulis oleh beberapa blogger terkenal kurang penekanan terhadap ‘menjaga pembaca’ terutamanya follower-follower blog kita yang amat disayangi. Tips mudah yang diberikan oleh beberapa blogger terkenal (nak tulis siapa dia..? Tak payah le..?).

 

1. Sekali sekala jika follower anda itu mempunyai blog sendiri, apa le salahnya melawat blog dia sekali-sekala sambil berkenal-kenalan dengan follower anda tadi. Boleh le juga mengeratkan tali persahabatan di antara sesama blogger.

 

2. Jika blog follower anda tadi mempunyai CBOX ke.. ShoutMix ke..apa le salahnya kalau anda ‘menyapa’ follower anda dengan ucapan selamat pagi ke..? selamat tengah hari ke..? Dah makan ke belum? Terpulang le apa yang anda nak tanyakan..

 

3. Jika follower anda tiba-tiba menjadi ‘unfollower’ pula, tak payah marah-marah dengan follower yang dah tak mahu mengikuti blog anda.. Tumpukan pada follower yang ada dan jaga mereka..

 

4. Sekali sekala, cuba cari topik hangat yang boleh menarik minat follower-follower anda untuk berinteraksi melalui blog anda sendiri. Contohnya perbincangan untuk meningkatkan trafik blog dan sebagainya. Topik-topik gossip pun boleh. Jangan asyik tulis pasal personal sahaja.

 

Itu adalah tips-tips yang saya perolehi setakat ini. Ada banyak lagi sebenarnya tips-tips yang boleh mengekalkan follower kita untuk terus mengikuti blog anda.