Hukuman bagi orang yang munafik dan murtad

image

image

2 bulan yang lalu, dunia blog melayu telah dikejutkan dengan sebuah blog yang secara terang-terangan menghina agama Islam dan bukan itu sahaja, dia juga mempunyai akaun facebook. Agak sedih kerana agama Islam dihina oleh bangsa kita sendiri yang siap mengaku letak nama Hajjah sekali. Dengan menggunakan platform blog wordpress, penulis blog yang tidak dikenali itu secara terang-terangan menghina Islam dan sesiapa yang pernah membaca blog ini, hati akan terasa lebih panas dari biasa,

 

Tetapi akhirnya blog ini telah tertutup dengan sendirinya, sama dengan akaun facebook tadi. Sudah le Islam dipandang serong oleh masyarakat barat, tetapi di Malaysia sendiri pun ada manusia WTF yang menggunakan platform blog untuk menghina agama sendiri.

 

Sama ada benar penulis blog itu adalah berbangsa melayu tidak dapat dipastikan dan saya menjangkakan penulis blog ini sudahpun berada di dalam tahap dah murtad.

 

Apakah hukuman yang sesuai kepada si Hajjah yang murtad itu? Kalau mengikut agama kita, lebih baik dibunuh sahaja.. tak ada gunanya dibiarkan hidup kerana secara terang-terangan, dia menghina Islam. Walaupun blog ini dilihat mencari publisiti murahan dengan menghina Islam, tetapi cara menulis si Hajjah ini telah menaik darahkan banyak pihak.

 

Walaubagaimanapun, setakat ini tiada tangkapan dibuat untuk membawa si penulis blog sengkek ini ke mahkamah. Masih gagal dikesan……