Cerekarama Jemaah Kolesterol mempersenda orang masjid?

Malam semalam saya sempat jugalah menonton cerekarama di TV3 berjudul Jemaah Kolesterol. Di antara pelakon yang saya nampak dalam scene malam itu ialah Ungku Ismail, Neelofa, Fathil Dani, Delimawati dan beberapa lagi pelakon drama veteran yang mewarnai cerekarama berdurasi 1 jam setengah ni…

image image image

Cerita Jemaah Kolesterol ini ada mesejnya yang tersendiri walaupun sesetengah penonton ada menyatakan yang drama ini adalah sebuah drama ringan yang cukup bodoh. Antaranya kepercayaan jemaah-jemaah masjid mengaitkan kematian Setiausaha Masjid angkara makhlus halus yang duduk di dalam perigi buta. Dan apabila berlaku kematian Setiausaha yang baru dilantik, Ustaz Shuaib beria-ria memagar masjid yang diserang oleh makhlus halus. Sebenarnya perkara ‘pagar memagar’ masjid ini bukan sahaja berlaku dalam drama rekaan ni, tapi mungkin dalam dunia realiti, ada juga Ustaz yang masih percaya kepada perkara-perkara yang khurafat.

Dan bab ini mungkin juga mempersendakan jemaah-jemaah masjid di Malaysia ni, terutamanya selepas tazkirah atau majlis ilmu, terus pergi makan ( iaitu makanan yang disediakan oleh AJK Masjid). Dalam Jemaah Kolesterol ini, ditunjukkan bagaimana ahli-ahli AJK masjid dan para jemaah makan dengan pelahapnya sambil lupa nak jaga badan sendiri dan mengakibatkan kematian kerana makan terlalu banyak.

Persoalan ini hanya AJK masjid (sesiapa yang terlibat sahaja) yang boleh menjawabnya. Sama ada drama ini mempersendakan AJK dan jemaah masjid (yang kuat makan lepas majlis ilmu) atau sebaliknya.

Tetapi biasanya kalau nak ajak orang pergi majlis ilmu di masjid. orang itu akan bertanya “makan makan ada tak kat masjid? kalau tak ada tak nak le aku datang?” perghh makanan yang ditanya.. Pergi majlis ilmu kena ada makanan????

Hah AJK Masjid dan jemaah masjid.. silalah jawab persoalan ni?

Scene ending drama ini dah boleh dijangka dan terus terang saya katakan, endingnya memang saya tak suka dan naik menyampah pulak!