Apabila mengandungkan anak teman sekerja !!!

image

 

 

 

Dunia zaman sekarang ni entah hape-hape aje.. Ini semua kerana bisikan syaitan dan jika nafsu menguasai akal.

Kita tahu pada zaman serba canggih ni.. semua perlukan duit. Nak masuk tandas awam pun bukannya ‘free’ walaupun tandasnya teruk.

Bagi suami yang bekerja jauh dan selalu tinggalkan isteri, rajin-rajinlah bertanya khabar atau paling kurang pun baliklah ke rumah, Sudah banyak kes isteri curang di luar kerana tidak mendapat hak sepenuhnya dari suami. Kita sebagai suami pun tak boleh nak percaya sangat pada isteri, sebab sudah banyak kes berlaku di hadapan mata saya tentang kecurangan isteri orang menduakan suami. Sampai ada yang mengandung anak teman sekerja….

 

Berikut adalah petikan soal jawab yang saya rasa boleh diambil iktibar dan pedoman untuk diri sendiri dan orang lain.

 

Soalan
SUAMI saya bekerja jauh di utara tanah air. Saya berasa risau kerana kini saya hamil mungkin selepas beberapa kali terlanjur dengan teman sekerja.
Saya bimbang suami pasti mengesyaki saya curang terhadapnya kerana mengandungkan anak yang bukan hasil benihnya.
Apakah tindakan yang perlu saya lakukan untuk menghadapi situasi ini?


LISA
Negeri Sembilan

 

Jawapan
ANDA hendaklah segera bertaubat kepada Allah s.w.t atas keterlanjuran itu. Perbuatan anda tentu menerima kemurkaan Allah kerana melanggar larangan Allah daripada zina.
Sudah tentu pihak suami berhak marah dengan perbuatan anda menduakannya. Kembali ke pangkal jalan dengan tidak lagi mengulangi dosa yang lalu dan tidak berhubung dengan teman sekerja berkenaan.
Ingatlah firman Allah: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah al-Isra’ (17): 32)
Selain itu anda perlu meminta untuk bertukar tempat kerja dan memilih untuk tinggal serumah dengan suami daripada hidup berasingan.
Ini kerana tinggal berjauhan mengundang kejahatan sedangkan tempat isteri ialah untuk bersama-sama suami.

-Dr Abdul Salam

 

Kredit : Blog kafesantai