Terlalu banyak produk kesihatan, boleh percaya ke?

image

Kadang-kadang ada beberapa rakan saya mempromosikan barangan kesihatan, minyak wangi, makanan supplement dan ada juga alat solek (untuk isteri) tetapi biasanya saya akan cakap tunggu dulu…

Kenapa saya cakap tunggu dulu? Sebab saya ni jenis suka mengkaji dulu sesebuah produk tadi, baru le beli… Bukannya apa, kita sebelum membeli, kita harus tengok pada sesuatu barangan tadi.

 

Macam barangan kesihatan, macam pil-pil atau pun kapsul. Sepatutnya kita kena tahu lah sama ada produk kesihatan ni benar-benar mendapat kelulusan ke tidak dari JKM (Jabatan Kesihatan Malaysia). Dan satu lagi ialah sama ada ia halal tak?

 

Sekarang ni dah macam isu yang timbul dari produk kesihatan ni… Kadang-kadang dia punya iklan sikit punya hebat, kononnya boleh menguruskan badan lah, boleh jadi hebat 4 jam lah, boleh kuat macam badang lah dan macam-macam lagi yang hebat.

 

Tetapi apabila kita beli, kita rasa kecewa.

 

Dan kebanyakan produk-produk kesihatan ni berunsurkan MLM juga.. Nak kena check jika lesen MLM syarikat tersebut wujud atau sebaliknya.

 

Walau bagaimana pun, ini semua terpulang pada anda. Jika anda dah biasa dengan produk kesihatan yang dibeli dan memang berkesan, teruskanlah mengguna. Jika ragu-ragu janganlah membeli. Itu sahaja!!