Subsidi Oh Subsidi

 

 

image

 

Cerita pasal subsidi sudah lama diperdebatkan oleh media cetak dan media elektronik. Sama ada dari pihak suratkhabar, penulis blog, ahli politik dan pihak ilmuwan, semuanya bercerita pasal subsidi kerana dijangka kerajaan “terpaksa” menarik semula subsidi yang diberi kepada rakyat ekoran masalah harga pasaran yang melambung tinggi untuk sesetengah barangan, terutamanya petrol.

 

Cerita pasal subsidi, ramai juga yang mengeluh bila kerajaan sedang mengkaji untuk menarik semula kemudahan subsidi kerana dengan pemberian subsidi, kerajaan mengalami defisit kewangan yang amat tinggi. Perkara ini dibimbangi akan memudaratkan negara itu sendiri bila kerajaan “tiada lagi” wang untuk menjalankan perkara-perkara yang lain, contohnya untuk pembinaan jalan dan pembangunan luar bandar.

 

“SEMUA NAK GOMEN MENOLONG BILA DAH BENGAP MACAM TU”.. sebuah dialog dari sebuah filem.

 

Saya berasakan tidak semua rakyat memahami apa masalah yang dialami oleh kerajaan. Mereka hanya tahu semua nak murah. Subsidi masalahnya di sini, yang kaya pun dapat, walaupun mereka tidak layak langsung mendapat subsidi kerajaan. Bila kerajaan nak umumkan kenaikan harga sahaja, mereka yang kaya raya ni yang memukul canang berpiket dan menunjuk perasaan, kononnya tidak bersetuju dan membantah kenaikan harga. Dan kononnya nak membela nasib orang miskin. Tapi tak sedar yang dia langsung tak layak.

Kerajaan kononnya mahu mengkaji mekanisme harga untuk siapa yang layak sahaja menerima subsidi. Tetapi nampaknya tiada susulan kerana sukar dilakukan.

 

Harap-harap yang kaya tak sedar diri tu, sudah-sudah le tu… bersyukurlah kerana anda dikurniakan oleh Allah SWT dengan kekayaan, dibuatnya satu hari nanti kekayaan itu ditarik balik, melingkuplah anda…